Pengguna R25 mungkin telah lama irihati terhadap prestasi R3 yang dihasilkan di luar negara seperti UK dan beberapa negara lain. pengguna r25 telah lama mengidamkan R3 yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi.
Dan kini, Yamaha R3 bukan angan – angan lagi kerani kini block R3 sudah boleh didapati di pasaran.
Bukan hanya dengan menggunakan sticker R3 , tetapi dapat merasai prestasi R3 melalui jentera R25.
Komponen asli pengeluaran Yamaha R3 telah dieksport ke Malaysia dan amat bersesuaian untuk yamaha R25 yang berkongsi banyak komponen dengan R3. Namun anda perlulah mencari komponen tersebut dengan dealer yang dipercayai
Beberapa orang telah mula memasang 3 komponen utama R3 pada beberapa enjin R25 : Blok silinder, Piston dan Gasket.
Pengguna block R3 berkata : tidak ada masalah ketika memasang komponen asal ini. Oleh kerana perbezaannya hanya dalam nisbah bore dan stroke.. Jika R25 hanya 60 x 44.1, dalam R3 sudah 68 x 44.1.
Tetapi perubahan ketara 74cc dalam silinder pembakaran memerlukan perubahan penetapan juga pada ECU.
Ini juga disahkan oleh sumber Yamaha. ECU R3 adalah berbeza.
Ini bermakna perlu menukar ECU atau menetapkan semula dengan menggunakan piggyback yang parameter lengkapnya mencapai perubahan spesifikasi.
Pengguna Block R3 juga menggunakan pakej Power Commander V untuk mengawal selia bekalan bahan api dan masa pencucuhan.
Ramai bertanya, adakah radiator asal R25 cukup untuk menampung haba dari block r3? pengguna block R3 mengatakan ia sepatutnya cukup. Tetapi ia akan dipantau terlebih dahulu. Dan ternyata apabila saya menyemak brosur spec. Nisbah mampatan R3 (11.2: 1) memang lebih rendah daripada R25 (11.6: 1). Wahh boleh di tune lagi ni.
Bagaimana dengan gearbox dan komponen lain?
Disahkan dari sumber Yamaha bahawa komponen lain antara R25 dan R3 dieksport dengan kualiti dan bahan yang sama.
Berapa pentingnya peningkatan prestasi?
Sudah tentunya meningkat .
Menurut pengguna block r3 ternata torque yang dirasa dari block R3 adalah jauh lebih kuat berbanding R25.
Jika di atas kertas, perbezaan antara R25 dan R3 agak ketara.
Pada Enjin R25 mencatatkan 36 HP, manakala R3 menyentuh 42 HP – 29.6 Nm (tork).
Katakan kehilangan kuada di gearbox dan mekanikal 4-5 HP dan 2 Nm (tork) – (keadaan R25), maka kenaikan block R3 boleh menyentuh 37-38 HP dengan torque dalam sekitar 25-27 Nm.
Block R3 memang cukup power jika dipasangkan R25
Reply