Permainan gila kanak kanak flat, bakal menempah maut.

Semakin banyak kes kanak kanak yang bermain di rumah flat jatuh menjadi viral di laman sosial dan media cetak . Namun tidak ramai yang tahu kisah sebenarnya melainkan ianya dianggap sebagai kemalangan biasa antara penduduk rumah flat yang lalai dalam menjada anak anak mereka sehingga terlibat dalam kemalangan yang tidak diingini.


Namun beberapa hari lepas viral di laman sosial permainan kanak kanak di rumah flat yang agak merbahaya dan menakutkan tanpa awasan dari ahli keluarga mereka . Mereka kelihatan sedang memanjat pagar dan dinding rumah flat yang tinggi dan amat berisiko untuk mereka terjadtuh daripada dinding tersebut dan boleh mendatangkan maut.

Seorang netizen memuatnaik video merakamkan perkara tersebut bertujuan untuk mengingatkan kepada sesiapa yang tinggal di rumah flat hendaklah memerhati dan prihatin dengan gelagat dan perbuatan kanak kanak di rumah flat tersebut agar tidak terlibat dalam kemalangan yang tidak diingini. Jelas boleh didengar apabila kanak kanak tersebut dinasihati agar tidak melakukan perkara tersebut , dengan selamba mereka menjawab ianya perkara biasa.



Video tersebut boleh dijadikan teladan dan peringatan kepada netizen yang menggunakan rumah flat . Ianya menjadi suatu yang amat digeruni kerana telah banyak kes kanak kanak yang jatuh dari rumah flat yang tinggi sehingga menyebabkan begitu banyak kes maut antara kanak kanak yang tinggal di rumah flat kerana bermain dengan bahaya tanpa pantauan dari ibu bapa mereka.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!