Sudah tentu filem terbaik yang dikeluarkan oleh penerbit filem akan menjadi viral di laman sosial apabila filem tersebut mempunyai kualiti yang amat tinggi. Jika sebelum ini filem filem yang berkualiti akan menjadi viral di media sosial dengan pelbagai kontroversi dan biasanya viral kerana mungkin ianya diterbitkan dan diadaptasi dari cerita yang terkenal.
Namun tidak dengan Pokya Cong codei. Setelah Pokya Cong codei ditayangkan di Astro, filem tersebut telah menjadi viral di seluruh laman media sosial kerana filem tersebut merupakan filem komedi arahan Sabri Yunus yang popular dengan sering menerapkan budaya dan percakapan Kelantan dikatakan amat berjaya dan menarik untuk ditonton oleh orang ramai . Netizen juga turut merasa kagum dengan Sabri Yunus yang sentiasa menerapkan pelbagai pengajaran dari filemnya.
Pokya Cong Codei juga popular kerana filem tersebut menggunakan nama yang pelik menyebabkan netizen tertanya tanya kenapakah filem tersebut dinamakan Pokya Cong Codei. Cong codei sebenarnya adalah berasal dari sebuah hotel besar dan popular di Kuala Lumpur yang sebenarnya bergelar Concorde hotel yang dikenali dengan menjadi tempat perjumpaan samseng samseng korporat sejak dari tahun 90 – 2000 lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Pokya merupakan bekas samseng yang ditaja hotelnya oleh Dato Sahak yang dilakonkan oleh Mustafa Kamal di Concorde Hotel. Namun Pokya menggelar hotel tersebut kepada “Cong Codei” kerana Pokya merupakan orang kampung yang memelayukan ejaan Concorde hotel tersebut.
Pokya cong codei diterima positif oleh netizen kerana lawak Sabri Yunus yang diterapkan dalam video tersebut merupakan lawak yang amat unik berbanding filem yang lain . Beberapa page facebook telah membuat undian untuk mendapatkan jumlah orang yang menggemari filem tersebut dan undian tersebut telah mendapat jutaan undi yang menyokong dan menggemari filem tersebut. Netizen juga berharap Sabri Yunus akan membuat sambungan filem tersebut dan mungkin kali ini akan disebarkan di pawagam pula kerana tidak hairan jika ramai yang sanggup melihat filem ini di pawagam kerana filem ini masih lagi viral di media sosial walaupun sudah seminggu ianya ditayangkan di Astro.
Filem tersebut dibintangi oleh Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri, Hadi Nawawi
Reply