Polis berlagak lari kena sound dengan orang asli yang bengang dengan polis biadap.

Sememangnya tugas polis adalah untuk membanteras jenayah di Malaysia namun kadang kadang polis melanggar etika dan slogan mereka iaitu “mesra cepat dan betul”. Slogan yang sering kali dilanggar adalah slogan mesra apabila kebanyakan polis seringkali dikatakan gila kuasa atau menunjuk kuasa apabila melakukan tugas didepan orang ramai. percakapan mereka juga sesetengahnya adalah agak biadap dan menyakitkan hati.



Viral di laman sosial sebuah video menunjukkan sekumpulan orang asli dilihat dalam keadaan bengang mengejar seorang anggota polis sehingga ke kereta menyebabkan polis terpaksa mengalah dengan orang asli tersebut . Menurut lelaki yang memuatnaik video, Pada awalnya sekumpulan orang asli telah memotong kayu secara haram dan polis peronda terus datang menegur orang asli tersebut mencuri hasil hutan.

Polis peronda tersebut seterusya mengambil keputusan untuk membawa orang asli tersebut kebalai. Orang asli tersebut tidak membantah dengan segala arahan polis tersebut . Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila polis tersebut telah tersalah mengeluarkan perkataan “Babi” terhadap orang asli yang terlibat . Kata kata polis tersebut telah membuatkan orang asli yang terlibat menjadi berang dan bangkit mengerumuni polis tersebut dalam keadaan yang tidak berpuas hati.



Netizen walaubagaimanapun menyokong tindakan orang asli tersebut dan menerangkan bahawa anggota polis kadang kadang agak biadap sewaktu melakukan tugas. Banyak anggota polis yang sering provoke orang awam yang menimbulkan kemarahan dan kebencian orang awam terhadap anggota polis menyebabkan netizen lebih menyokong orang asli tersebut .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!