”Politik islam budaya hina” – Khalid Samad.

Setelah kejatuhan Pakatan Harapan . Khalid Samad dan sekutunya aktif di media sosial menyerang kerajaan baharu Pakatan Nasional menyebabkan kelmarin beliau dikatakan diserang oleh rang ramai di Terengganu
Tulisan Khalid Samad ini bernaratif jahat. Apa jahatnya?



1. Tuduhan tidak berasas terhadap PN dengan label Budaya Politik Samseng. Sedangkan kita tahu dan bukti menunjukkan bahawa, yang bertumbuk, yang sepak terajang, yang baling kerusi, yang rempuh pintu sewaktu perhimpunan, yang pukul pemimpin sendiri, adalah dari PH. Jadi, siapa sebenarnya yang amalkan Budaya Politik Samseng?

2. Khalid samad kata fitnah, khianat, rompak. Sehingga hari ini belum terbukti pun apa yang disebutkan itu. Dia tuduh kata PN fitnah khianat dan rompak, tapi sampai sekarang takde bukti. Yang pasti, PH yang sering canangkan fitnah 1mdb, fitnah 90 Juta, khianat bawak lari kerusi dengan cara buat parti islam baru, semua dari PH.



3. Khalid Samad highlight “contoh politik islam untuk diikuti”, yang mana, beliau burukkan imej politik islam yang sudah barang pasti akan menyebabkan orang bukan Islam tidak akan merasa ‘izzah (عزة) dengan Islam. Sedangkan hingga ke saat ini, Parti Islam Se-Malaysia PAS yang dimaksudkan oleh Khalid Samad ini, tidak ada satu pun yang terpalit dengan kes-kes yang memburukkan imej politik islam, kecuali satu kes yang menjadi kontroversi pada tahun lampau, yang melibatkan Tuan Haji Mohd Sabu, sehingga menjadi isu hangat negara Malaysia satu ketika dulu.

Akhirnya, Khalid Samad menyarankan agar kita keluar dari budaya hina ini. Saya amat-amat bersetuju dengan saranan beliau. Sememangnya kita perlu keluar dari budaya hina ini.

Hinanya kita sebab kita gelarkan orang berilmu dengan “otak tidak center/gila” hanya semata berbeza politik.

Hinanya kita sebab kita sering angkuh dengan statement2 sindiran, kitalah betul semua, orang lain salah belaka.



Hinanya kita sebab sentiasa fitnah dan menyebarkan kebencian di atas pentas ceramah dengan tuduhan tidak berasas.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari neraka. Semoga semua ahli politik islam di Malaysia jalanlan kewajipan mereka berlandaskan syariat Islam.

Semoga Allah benamkan kezaliman dan manusia munafiq yang menjahanamkan Islam dengan tangan mereka.

14 Mac 2020
Ahmad Solahuddin Al Ayyubi bin Ahamad
Marang, Terengganu

Khalid Samad mengeluarkan kenyataan politik islam budaya hina tersebut dan beliau kini dihentam di laman sosial.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!