Baru baru ini kita dengar beberapa kejadian malang berlaku di Malaysia melibatkan kereta mewah seperti anak tan sri telah terlibat dengan kemalangan apabila mencuba kuasa Lamborghini Aventador ayahnya. Kejadian itu menjadi viral kerana anak seorang Tan Sri tersebut baru sahaja berumur 16 tahun namun telah memandu Lamborghini Aventador Tan Sri tersebut dan mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Setelah Lamborghini , Muncul pula berita yang pernah dilaporkan Alert TV mengenai pekerja kedai tinted telah memandu Nissan GTR milik pelanggannya. Namun sewaktu kereta tersebut ditinggalkan , dipercayai pekerja kedai tinted tersebut telah mencuba kuasa kereta Nissan GTR tersebut namun malang tidak berbau apabila ianya terlibat dalam sebuah kemalangan yang juga kerosakannya dianggarkan ratusan ribu ringgit.
Namun viral pula video sebuah kereta proton perdana yang memandu dengan agresif seolah oleh mengejar sesuatu memotong beberapa buah kenderaan sport mewah sukan berjenama Porche namun hilang kawalan apabila sebuah kenderaan lain berada dijalan tersebut telah menukar laluan menyebabkan pemandu proton perdana tersebut terkejut dan hilang kawalan lalu merempuh sebuah Porche mewah yang sedang melalui jalan tersebut bersama Porsche lain.
Model Porcshe tersebut adalah tidak jelas namun ianya mungkin 911 GT3 yang merupakan sebuah Porshce yang ikonik dan dijual sekitar 1.8 juta Ringgit Malaysia dan merupakan antara kereta yang digemari ramai kerana dikatakan antara kereta terbaik dunia yang sering ditambahbaik sehingga hari ini. Namun ianya juga mungkin model lebih murah tapi kalau dah nama Porche , paling kurang pun lebih 500 ribu.
https://video.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t42.9040-2/33746508_2079660592304878_159358207397986304_n.mp4?_nc_cat=0&efg=eyJybHIiOjQ4OSwicmxhIjo1MTIsInZlbmNvZGVfdGFnIjoic3ZlX3NkIn0%3D&rl=489&vabr=272&oh=d8a8e03c1405854856e97318d0f2038f&oe=5B0BE8E5
Reply