Pusat rawatan islam dikutuk mengenakan cas RM200 bagi garam dan limau, Wakil pusat rawatan tampil memberikan keterangan.

Beberapa hari lepas viral mengenai kes sebuah pusat rawatan islam yang dikatakan mengenakan cas rm200 untuk merawat penyakit namun hanya yang diberikan adalah garam dan limau. Seorang individu telah meluahkan kes tersebut didalam laman sosial facebook kerana mushkil dengan cas yang dikenakan untuk mengubati anaknya. Setelah pusat rawatan berkenaan telah menerima hentaman dari netizen, wakil dari pusat rawatan tersebut tampil memberikan keterangan



Keterangan Wakil Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa

Assalamualaikum…
Saya Mira wakil dari Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa, disini ingin memberikan pencerahan seperti yang telah diminta oleh Nik Nazhatul Shahira dengan cara memviralkan barangan limau dan garam yang berharga RM 200. Kepada puan Nik Nazhatul Shahira, kenapa puan tidak menerangkan bahawa kos RM 200 tersebut ialah termasuk jumlah keseluruhan bayaran rawatan selepas puan bersetuju untuk meneruskan rawatan sesudah scan. Disini catatan masa yang telah diambil bagi rawatan kepada anak puan yang menghidap demam panas yang berpanjangan selama 3 minggu dan semua yang berkaitan :-
1. Scan untuk mengetahui punca penyakit ( 20 minit )
2. Bacaan ruqyah ( 30 minit)
3. Penerangan tentang penyakit ( 30 minit )
4. Khidmat tenaga seorang pengamal perubatan ( Ustaz) dan seorang pembantu
5. Tenaga staf yang bertugas di kaunter dalam memberi penerangan berkaitan alat-alat yang dibekalkan kepada puan Nik Nazhatul Shahira

6. Kami juga mempunyai sijil dan kelulusan dari :
a. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
b. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
c. Majlis Daerah Pasir Mas
d. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

7. Dan kami juga menjalankan servis didalam :
a. Bangunan yang disewa
b. Berhawa dingin
c. Mempunyai beberapa orang pekerja yang perlu dibayar gaji
d. Menyediakan barangan perubatan



Kenapa puan tidak meminta pencerahan secara privasi daripada pihak kami??? Kenapa puan perlu memviralkannya di media sosial??? Seandainya puan tidak mampu, puan boleh datang untuk membuat rawatan setiap hari Ahad jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dimana kami mengadakan sesi rawatan ikhlas seperti yang telah dimaklumkan kepada puan oleh salah seorang staf kami semasa di kaunter hadapan sebelum puan masuk untuk mendapatkan rawatan.

Tidakkah puan terfikir dengan cara puan memviralkan tanpa usul siasat, pihak kami telah mengalami kerugian yang besar. Dan pusat rawatan kami juga telah kekurangan jumlah pesakit yang hadir sejak hari itu.

Disini, pihak kami ingin puan agar membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam group ini dalam tempoh 2 minggu bermula hari ini hingga 7 Mac 2018.

Sekiranya tiada apa-apa tindakan daripada puan Nik Nazhatul Shahira dalam tempoh masa yang ditetapkan, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Sekian

Gambar-gambar dibawah adalah sebagai rujukan buat semua










Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!