Kini hanya 5 hari sahaja yang tinggal untuk pilihanraya Malaysia. Ini merupakan saat saat gentir bagi rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin pemimpin mereka. Pemilihan seharusnya dibuat dengan yakin dan adil dan bukan membuta tuli untuk memastikan rakyat Malaysia setiasa berada dalam keadaan bahagia tanpa ditindas oleh mana mana ahli politik yang korup yang juga mungkin akan merosakkan masadepan Malaysia.
Akibat dari pilihanraya yang semakin dekat pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh setiap party di Malaysia untuk meraih undi dan pelbagai usaha dan kempen dilakukan untuk menang dalam pilihanraya Malaysia. Tetapi ada juga pihak yang mengunakan taktik yang berbeza iaitu menyerang pihak party lawan.
Kelmarin viral di laman sosial gambar Mat Sabu yang merupakan ketua bagi party politik PAN bersama seorang gadis muda berpelukan didalam kereta , pada awalnya gambar tersebut kelihatan diedit oleh orang tertentu namun 2 3 keping lagi gambar yang sama keluar di media sosial berkaitan dengan gambar tersebut tular di media sosial menunjukkan kebenaran gambar tersebut.
Pihak yang mendedahkan gambar tersebut berkata masih ada bukti lain mengenai perkara tersebut dan bakal menyebarkan perkara tersebut dan ahli PAN telah memberi masa selama 36 jam untuk menjelaskan perkara tersebut. Namun kini ianya menjadi semakin teruk apabila video dan rakaman suara yang dikatakan antara Mat Sabu dan gadis tersebut kini tersebar. Namun ada yang beranggapan ianya belum cukup kukuh 100%.
Reply