Rakyat Terengganu tidak berpuas hati kuliah Ustaz Azhar dihalang oleh Pejabat agama Setiu. Kuliah tetap diteruskan.

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah terkenal yang berasal dari Terengganu kerana perwatakannya yang agak melucukan sewaktu menyampaikan ceramahnya. Beliau disambut hebat oleh golongan muda di sekitar Malaysia kerana golongan muda lebih suka akan ceramah Ustaz Azhar yang dikatakan tidak bosan dan lebih menarik berbanding penceramah biasa.



Ustaz Azhar kini popular di seluruh Malaysia dan disokong ramai remaja yang percaya dan suka cara beliau menyampaikan ceramahnya . Namun keadaan ini tidak disukai segelintir pihak kerana Ustaz Azhar dituduh menjatuhkan pihak kerajaan sehingga banyak tempat beliau dilarang berceramah .

Cukup luar biasa apabila viral di media sosial sepucuk surat dari pihak Jabatan Agama Islam Setiu dikatakan menghalang Ustaz Azhar dari mengadakan kuliah agamanya yang bakal bertempat di Setiu pada 21hb Mac. Surat tersebut turut menegaskan sekiranya kuliah itu dijalankan, Ustaz Azhar Idrus mungkin akan berdepan dengan hukuman penjara 3 tahun atau denda rm5000 ringgit atau kedua duanya sekali.



Surat tersebut juga turut menegaskan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Terengganu dan kuliah tersebut perlu memastikan penceramah mempunyai Tauliah tersebut. Pihak netizen berpendapat bahawa keadaan tersebut adalah dipolitikkan oleh pihak tertentu dan boleh dilihat di laman sosial warga Terengganu facebook terkenal iaitu GATE, netizen Terengganu kesal kuliah agama dihalang namun pelbagai konsert di Terengganu pula begitu bebas dianjurkan.

Namun beberapa jam selepas surat itu dikeluarkan, pihak penganjur dan Ustaz Azhar telah mengumumkan bahawa kuliah tersebut akan tetap dijalankan namun dipindah ditepi Masjid disebuah bangunan PASTI.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!