Sejak dari awal tahun 2018 , telah beberapa kali viral tentang kedai mamak yang seringkali menjadi viral kerana penjagaan kebersihannya yang agak teruk dan mungkin boleh membawa kepada penyakit yang agak serius. Beberapa kedai mamak dan restoran sebelum ini viral dan ada yang ditutup akibat dari diviralkan oleh orang ramai yang makan di kedai mereka dan mendpati kedai tersebut langsung tidak menjaga kebersihan.
Selain kebersihan , beberapa kedai mamak juga turut viral kerana menggunakan makanan lama yang dipanaskan untuk dihidangkan kepada pelanggan dan mungkin akan menyebabkan keracunan makanan kerana makanan tersebut mungkin basi namun dipanaskan oleh restoran restoran mamak di Malaysia. Turut viral juga restoran mamak yang dikatakan menggunakan tukang masak yang beragama hindu dengan menghidangkan makanan yang disifatkan sebagai was was.
Beberapa hari lepas viral pula kedai mamak yang jauh lebih teruk dari kedai mamak yang sebelum ini. Ini adalah kerana dilihat didalam makanan kedai tersebut makanan tersebut bukan sahaja dipanaskan semula malah mengandungi ulat ulat yang dimakan oleh pengunjung restoran tersebut . Ia membuktikan bahawa makanan kedai mamak tersebut sememangnya telah lama dan dihidangkan semula kepada pelanggan.
Netizen mula hilang kepercayaan kepada restoran mamak yang seringkali membuat onar dengan kebersihan dan penjagaan makanan mereka yang agak teruk . Netizen di ruangan komen mengutuk kedai mamak yang viral dengan keras dan menyebarkan nama restoran tersebut untuk diboikot oleh orang ramai seperti yang terjadi sebelumnya.
Reply