(Review) penggunaan dry clutch Y15ZR dari Comstar. Adakah berbaloi?

Kini Yamaha Y15ZR semakin menjadi fenomena di Malaysia. Iannya menjadi amat popular setelah beberapa orang tuner atau pomen motosikal masing masing menunjukkan kehebatan masing masing dengan memodifikasikan motosikal mereka kepada tahap maksimum yang agak tidak masuk akal dan menyebabkan jentera Y15ZR banyak mengalahkan beberapa jentera berkuasa tinggi jika dibandingkan top speed apabila dimodifikasi sepenuhnya.



Ianya menebabkan beberapa syarikat telah mengeluarkan banyak komponen komponen aftermarke jentera tersebut yang menjadi pilihan peminat Y15ZR dan agak laku keras. Pelbagai Komponen seperti cam, superhead dan sebagainya telah dikeluarkan oleh pelbagai jenama untuk Y15ZR yang menyebabkan ianya racun kepada setiap peminat jentera supercub yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk jentera tersebut.

Satu komponen prestasi yang kini menjadi viral di laman sosial adalah sistem klac kering atau dry clutch dari comstar. Dry clutch ini boleh kita lihat di jentera jentera litar motogp yang jarang digunakan di jentera jalanan biasa kerana ketahanan dryclutch berbanding wet clutch adalah berbeza namun ianya jauh meningkatkan prestasi enjin jentera yang dipasangkan dryclutch. Jentera jentera terakhir yang menggunakan sistem dryclutch adalah jentera Ducati. Honda, Yamaha, dan Suzuki juga pernah mengeluarkan sistem dry clutch pada jentera 250cc 2 lejang mereka pada tahun 90an .



Namun apakah review dry cluth pada YSuku atau Y15ZR ini? Youtuber dari Malaysia Bob YP telah menggunakan comstar Dryclutch yang berharga sekitar rm2000 pada jentera Y15ZR beliau dan menjelaskan bahawa beliau berpuas hati dengan dry clutch tersebut pada jangkamasa yang singkat, tiada clutch slip , prestasi juga langsung tidak menurun meskipun beliau telah memodifikasikan Y15zr beliau sehingga lebih dari 30hp. Namun penggunaan pada jangkamasa panjang masih belum diketahui memandangkan produk tersebut baru sahaja dipasarkan. Untuk penerangan jelas pada jentera tersebut boleh lihat sendiri dalam video Bob YP dibawah.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!