Rim kapchai dijual dengan harga RM6000 dikecam teruk

Kini telah tiba era yang mana kebanyakan orang ramai mula menghargai barang barang retro dan limited edition . Ianya boleh dilihat dengan keluaran keluaran barangan berjenama yang dihadkan kuantiti yang menyebabkan harga barangan tersebut melambung tinggi seperti barangan pakaian yang berjenama Supreme , LV dan sebagainya . Harga barangan ini mungkin tidak masuk akal namun ianya meningkat dengan tinggi semakin lama barangan tersebut dipegang oleh pemiliknya.



Keadaan ini juga berlaku kepada kenderaan seperti Ferrari dan beberapa jenama kereta yang lain yang kini meningkat harga bagi model limited edition seperti LAferrari , f40 , f50 dan Enzo. Selain itu Mclaren juga meningkat harga dengan tinggi apabila sebuah kereta yang dikeluarkan oleh Mclaren iaitu Mclaren F1 kini nilainya lebih dari 20 juta dollar meskipun pada awal 90 -an ianya dipasarkan hanya dengan harga kurang dari 1 juta dollar.

Ducati turut mempunyai beberapa model yang meningkat harga seperti Desmosedici RR yang kini bernilai lebih 300 ribu ringgit namun di negara lain ianya meningkat jauh lebih tinggi. Ianya turut berlaku kepada jentera retro Kawasaki dan Yamaha lama yang meningkat harga sehingga tidak masuk akal.



Namun apa yang berlaku kali ini cukup mengejutkan apabila beberapa orang penjual online barangan motosikal telah dikatakan cuba untuk mengambil situasi tersebut untuk menaikkan harga Rim Racing boy forged atau tempa yang pada asalnya bernilai hampir 3000 ringgit kepada 6 ribu ringgit . Ianya menyebabkan perkara tersebut telah menjadi kecaman orang ramai kerana harga tersebut sememangnya tidak berbaloi dan tidak masuk akal berbeza dengan barangan lain yang dikeluarkan dalam jumlah kuantiti yang sedikit.

Namun ramai juga yang membela perkara tersebut yang menganggap bahawa sesiapa yang tiada wang untuk memiliki barangan yang seperti tersebut sepatutnya duduk diam dari mengecam harga yang ditawarkan . Racing boy forged ini berbeza dari Rim lain yang dijual kerana ianya ditempa dan lebih kuat dan 30% ringan berbanding dengan rim yang lain . Akan tetapi ianya dianggap tidak masuk akal apabila harga yang ditawarkan adalah melebihi dari harga rim carbon fiber yang jauh lebih ringan dan berkualiti dari rim tersebut yang hanya dibuat untuk motosikal berkuasa tinggi.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!