Safiey Ilias beri nasihat namun dikutuk netizen

Safiey Ilias sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial apabila beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecaman netizen . Safiey yang sebelum ini sering kali viral kerana perbuatannya yang bertentangan dengan agama islam dan sering seolah olah mempersendakan agama mengakibatkan beliau dikecam teruk.



Safiey seringkali live di laman sosialnya seperti facebook dan instagram untuk berbual bual dengan pengikutnya namun beberapa orang netizen mengutuk tindakan beliau dan mengecam beliau kerana beliau telah memakan barang kemas meskipun beliau sudah jelas dan terbukti adalah seorang lelaki . Ianya menimbulkan tidak puas hati Safiey Ilias terhadap penonton di ruangan livenya di media sosial.

Beliau mula membandingkan tindakan beliau memakai emas dengan perbuatan netizen pada zaman ini yang sering berpengangan tangan dengan pasangan masing masing meskipun tidak berkahwin dan tidak mempuanyai ikatan yang sah atau bukan mahram . Safiey Ilias menyifatkan perbandingan tersebut adalah benda yang sama dilakukan oleh netizen yang mengutuk beliau memakai pelbagai barang kemas yang boleh dilihat di ruangan live tersebut.



Setelah beberapa ketika Safiey sekali lagi live menasihati netizen tentang perkara tersebut namun ianya hanya menjadi viral di laman sosial dengan kecaman oleh netizen kerana beliau membandingkan dua perkara tersebut. Meskipun ada juga benarnya kata Safiey Ilias namun sememangnya ramai netizen yang terasa betul tak?




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!