Safiey Ilias pernah beranak?

Kini kes LGBT semakin trending di laman sosial berikutan dari beberapa kenyataan daripada pihak kerajaan yang seolah olah menyokong LGBT di Malaysia . Ada juga kes terbaru yang menyatakan bahawa seorang doktor telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan kerana beliau telah mengeluarkan surat terbuka kepada Marina Mahathir berkenaan dengan Isu LGBT di hospital.



Jika disebut tentang LGBT , Safiey Ilias sememangnya terkenal di Malaysia dan sinonim dengan perkataan tersebut . Safiey Ilias yang merupakan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang wanita adalah jutawan yang penuh kontroversi di Malaysia juga viral di laman sosial dengan percakapan dengan rakan rakannya yang dikatakan menimbulkan rasa tidak puashati kaum wanita terutama yang telah mengandung.

Ini adalah kerana dalam live safiey Ilias , Beliau ditanya tentang pembedahan buah dada palsu dan kesan daripada pembedahan tersebut , dan Safiey Ilias dan seorang rakannya yang merupakan seorang lagi yang turut melakukan pembedahan yang sama berkata bahawa pembedahan itu sunggut menyakitkan, menyiksakan dan jauh lebih sakit dari ibu mengandung.



Kenyataan tersebut menyababkan video live Safiey Ilias menjadi viral dan dikutuk oleh kaum wanita yang berpendapat bahawa melahirkan seorang bayi adalah lebih mennyakitkan dari pembedahan tersebut . Selain itu kaum wanita di media sosial turut menyelar kenyataan Safiey Ilias adalah salah kerana Safiey Ilias dan rakannya tersebut adalah seorang lelaki dan tidak mungkin boleh membandingkan 2 kesakitan tersebut dan lelaki sememangnya tidak boleh beranak.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!