Sawan 100 kali sehari hentak kepala, Eusuf adalah anak syurga. Luahan ibu yang menyedihkan.

Setiap orang akan mengalami ujian yang telah ditentukan oleh tuhan yang maha esa namun setiap ujian adalah berbeza mengikut kemampuan manusia individu itu sendiri . Seorang ibu telah diberikan ujian yang cukup menyedihkan dan meluahkan perasaannya kepada pemberita harian metro melalui sebuah video yang menjadi viral di laman sosial yang membuatkan netizen turut bersedih dengan ujian yang dialami ibu dan anaknya.



Bagi ibu bapa ini, senyuman Eusuf Muhammad Idzfan, 3, paling manis dan keletahnya mampu menghiburkan sesiapa saja, namun tidak sampai beberapa bulan melihat anak lelakinya senyum, berlari dan berjalan, akhirnya mereka perlu menerima hakikat pada ulang tahun pertama kelahiran anaknya, semuanya itu hilang sekelip mata dengan keputusan yang diterima mereka.

Tiada lagi senyuman dan larian Eusuf di depan mata, sebaliknya digantikan dengan serangan sawan 30 hingga 100 sehari, malah dia akan menghantukkan kepala ke dinding serta menangis tanpa henti selama 12 jam selepas disahkan menghidap Sindrom Lennox Gestaut (LGS).

Ibunya, Djasriza Jasin, 41, berkata, dia dan suami, Idzfan Idris, 43, kadangkala tertanya-tanya kenapa Allah SWT memberi ujian yang sebegitu berat buat diri mereka apabila melihat anak sendiri sudah hilang nikmat untuk senyum, berjalan, makan dan berlari.



Eusuf dikatakan akan menghentak kepala kedinding setiap kali sawan yang menyebabkan hati ibunya luluh setiap kali anaknya tersebut sawan dan melakukan perkara yang demikian . Ianya cukup menyedihkan bagi seorang ibu untuk melihat anaknya berkeadaan yang demikian.

Sumber:Harian Metro




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!