Selepas RS150R turbo, Kali ini Y15ZR Turbo pula muncul

Sebelum ini viral mengenai modifikasi luar biasa RS150R yang menggunakan sistem forced induction atau turbo di motosikal Honda RS150R yang bersesaran 150cc. Jarang sekali kita lihat modifikasi seperti yang tersebut kerana turbo biasanya boleh dilihat di kereta dan jarang sekali boleh dilihat di motosikal yang bersesaran kecil.



Modifikasi tersebut jelas memakan kos yang amat tinggi yang pernah dijelaskan oleh pembuat modifikasi tersebut iaitu AH HO motors yang viral kerana RS150R turbo. Namun beberapa hari lepas tular pula di media sosial beberapa gambar modifikasi Y15ZR turbo oleh seorang pengguna Facebook Nizam Nordin yang memuat naik beberapa keping gambar Y15ZR yang dilengkapi dengan sistem pengecas turbo.



Menurut posting tersebut boleh dilihat Y15ZR tersebut telahpun dipasangkan turbo dibahagian enjinnya namun kelihatan ianya masih tidak lengkap dan tiada apa apa video yang dimuatnaik untuk memastikan sistem tersebut berjalan dengan sempurna di Y15ZR . Menurut Nizam Nordin modifikasi tersebut belum lagi sempurna dan masih didalam R&D dan sehingga kini ianya telah menelan belanja hampir 3 ribu ringgit.

Pemilik motosikal tersebut turut berkata didalam ruangan komen bahawa motosikal tersebut sebenarnya telah berfungsi sepenuhnya namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan lagi untuk memastikan motosikal tersebut berada dalam keadaan yang lebih sempurna sebelum tontonan ramai. Menurut pemilik motosikal itu juga, sistem tersebut setakat ini agak tidak sempurna dan perlu dikaji lagi kerana kuasa yang didapati oleh motosikal tersebut agak sedikit dan tidak banyak beza berbanding kuasa asal kilang motosikal tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!