Viral di laman sosial apabila menteri besar perlis yang baru sahaja dilantik iaitu Datuk Seri Azlan Man sah menjadi Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, di sini, baru baru ini.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sekitar jam 11.10 pagi.
Azlan Man, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
PRU-14 menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
Istiadat itu sekali gus menamatkan krisis perlantikan Menteri Besar Perlis yang masuk hari ke-14 selepas PRU-14 pada 9 Mei lalu, susulan tindakan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengumumkan nama ADUN Tambun Tulan, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya, sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.
Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.Namun, tindakan sembilan Adun BN yang tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.
Pengerusi BN dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudianya membuat satu sidang media dan menjelaskan Azlan dipecat serta-merta dari Umno selain mendesak Raja Perlis agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Reply