Senarai Kabinet Muhyiddin diumumkan hari ini.

Setelah beberapa hari Muhyiddin dilantik menjadi PM ke 8 . Namun tiada kabinet ditentukan oleh perdana menteri ke – 8 tersebut. penantian kini berakhir apabila dijangkakan bahawa Muhyiddin bakal menunjukkan susunan kabinet pada hari ini dan bakal dipersembahkan kepada yang dipertuan Agong.



Penantian untuk melihat susunan kabinet Muhyiddin Yassin dijangka berakhir beberapa jam saja lagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Muhyiddin dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi ini.

Istiadat itu, kata PMO, adalah untuk mempersembahkan senarai baru jemaah menteri yang dipilih Muhyiddin.

“Setelah mendapat perkenan Agong, perdana menteri dijangka akan mengumumkan senarai jemaah menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabat beliau di Putrajaya,” kata PMO.



Netizen mula teruja dengan pengumuman tersebut dan mengharapkan supaya tiada sebarang spekulasi tentang pemilihan kabinet agar ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Difahamkan juga kabinet akan terdiri daripada beberapa perti dari perikatan nasional seperti PAS, UMNO , PPBM dan beberapa lagi party kecil lain.

Turut tidak dapat dipastikan samada Zahid Hamidi akan berada dalam kabinet atau sebaliknya namun menurut Muhyiddin, Kabinet akan terdiri dari individu yang bersih manakala Zahid Hamidi masih lagi mangalami beberapa pertuduhan di mahkamah yang masih belum selesai perbicaraannya.

Hadi Awang juga berkemungkinan menyertai kabinet , namun tidak dapat dipastikan jawatannya setelah beberapa keping gambar beliau dan Zahid Hamidi menandatangani borang tersebar di media sosial.


Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!