Lim Guan Eng telah menjadi topik hangat pada minggu ini kerana kenyataan baru beliau di dewan rakyat . Beliau yang beberapa hari lepas viral di media sosial dengan kenyataan beliau menuduh UMNO merompak wang pulangan semula GST kepada rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng dipandang hina oleh Barisan Nasional kerana ianya merupakan tuduhan yang tidak berasas sekiranya Lim Guan Eng tidak menunjukkan sebarang bukti.
Akibat dari tuduhan tersebut juga, laporan polis telahpun di failkan oleh Khairy Jamaluddin yang membuat laporan polis tentang tuduhan Lim Guan Eng tersebut untuk menyisat tuduhan tersebut dan mengenakan hukuman terhadap pesalah rompakan tersebut atau Lim Guan Eng sekiranya menteri kewangan terbahru itu menuduh secara liar dan membuta tuli sahaja.
Berikutan dengan kejadian tersebut , viral pula penerangan Lim Guan Eng tentang beberapa masalah kewangan di Malaysia namun ianya ditentang oleh beberapa menteri menteri yang berada dalam dewan tersebut . Sewaktu diberikan laluan untuk bercakap, berlaku pertikaman lidah antara Lim Guan Eng yang menyebabkan menteri kewangan tersebut telah mengatakan bahawa hujah yang dikemukakan oleh seorang menteri parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi yang meminta Lim Guan Eng menarik balik perkataan sesat yang dikeluarkan olehnya.
Akibat dari perkataan tersebut timbul kekecohan di dewan rakyat, Wakil Tumpat menyuruh Lim Guan Eng menarik balik perkataan tersebut . Lim Guan Eng bertanya kepada wakil Tumpat tentang maksud sesat dan permasalahan perkataan tersebut . Tumpat menjawab ‘sesat’ membawa maksud ‘neraka’ yang ditertawakan oleh ahli di dewan rakyat yang memalukan menteri PAS tersebut.
Reply