Shukri Yahya berlakon ‘kunyit’ kena tegur ‘jangan buat maksiat’ sewaktu berlakon live.

Sungguh melucukan apabila sewaktu sedang berlakon filem orang yang tidak dikenali datang untuk tegur tanpa perasan bahawa orang yang ditegurnya adalah seorang pelakon dan sedang berlakon . Ianya jarang sekali berlaku namun kali ini ianya berlaku terhadap salah seorang pelakon Malaysia yang terkenal iaitu Syukri Yahya yang menjadi bualan netizen di laman sosial.



Peristiwa teguran tersebut dirakamkan oleh seorang netizen yang turut berada di set penggambaran filem tersebut . Syukri Yahya yang sedang melakonkan watak ‘split personality’ itu ditegur oleh seorang pakcik yang melalui di tempat penggambaran tersebut yang agak melucukan kerana Syukri Yahya telah melakonkan watak seorang lelaki lembut sedang bercumbu dengan mungkin teman lelaki yang merupakan satu lagi watak filem tersebut.

Teguran “jangan buat maksiat kat sini” tersebut menjadi viral di laman sosial apabila krew penggambaran dan orang di sekitar kawasan tersebut tergelak apabila Syukri Yahya ditegur dengan sedemikian dan disalah anggap oleh seorang pakcik yang menegur beliau. Mungkin kerana pakaian watak Syukri yahya yang membuatkan pakcik tersebut menganggap bahawa Syukri Yahya melakukan hubungan sejenis dengan seorang lagi pelakon.



Video gelagat Syukri Yahya dah krew penggambaran tersebut telah menjadi viral di laman sosial sehingga ianya telah mendapat lebih dari 10000 share pada hari pertama ianya dimuatnaik di facebook. Ianya merupakan perkara yang tidak mungkin dilupakan oleh pelakon kacak yang popular tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!