Siti Kassim hina seminar agama. Tiada tindakan dilakukan terhadap Siti Kassim

Siti Kassim sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak menimbulkan kontroversi di media sosial. berikuy adalah kenyataan Siti Kassim yang dilaporkan.

Kuala Lumpur: Siti Kasim meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap Universiti Malaya kerana terlibat dalam penganjuran sebuah seminar agama yang beliau sifatkan sebagai “sampah”.

SITI KASSIM



Seminar yang dimaksudkan itu adalah “Seminar Neraka” yang bakal menampilkan tokoh-tokoh agamawan Islam yang cukup disegani oleh umat Islam tempatan seperti Dato’ Dr Abdul Basit Abd Rahman dan Ustaz Fadzil Kamaruddin. Siti Kasim turut menempelak sebuah lagi seminar agama yang membariskan tokoh-tokoh agamawan ternama seperti Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan Ustaz Auni Mohamed.

Siti Kasim membuat dakwaan bahawa seminar yang berjudul “Seminar Fitnah Dajjal & Akhir Zaman” itu meletakkan harga sebanyak RM150 bagi setiap peserta, dakwaan yang dipanaskan lagi dengan pelbagai tohmahan oleh teman-teman media sosialnya termasuklah daripada kalangan bukan Islam. Siti Kasim berkata, “Bahagian yang paling best sekali, terdapat Melayu-Melayu yang akan pergi ke tempat-tempat ini. Seminar Dajjal itu jika tidak salah saya berharga RM150 bagi setiap kepala.” “UM pun terlibat dengan sampah jenis sebegini? Tidak dapat dipercayai…”




Beberapa minggu lepas, Siti Kasim telah dijemput untuk menjadi penceramah undangan oleh University of Malaya Association of New Youth (Umany) dan digandingkan bersama aktivis mak nyah Nisha Ayub bagi membincangkan mengenai perihal komuniti LGBT di Malaysia.

Lebih menghairankan Siti Kassim sudah terbukti menyesatkan dengan statement statement pelik dan sesat . tapi kenapa masih belum ada tindakan untuk Siti Kassim sedangkan orang lain senang senang sahaja ditangkap? – Alert TV


Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!