HONDA NSR 150
Mungkin ramai orang yang tidak tahu apa itu NSR, NSR jarang didengar pada masa ini kerana ia telah diedarkan edaran sekitar tahun 2002, tetapi sesetengah orang masih suka motosikal ini yang dalam era gemilangnya memukau semua pencinta kelajuan, motor ini juga motor yang ekonomik dalam kelasnya.
NSR 150 mempunyai 4 variasi,
1. NSR 150 R
Kali pertama Malaysia pada tahun 1994,
Nsr merupakan antara motosikal terbaik di Malaysia . harganya agak mahal berbanding underbone biasa seperti yang dijual di pasaran Malaysia . Namun model ini masih digemari hingga kini oleh peminat peminat motor retro yang telah menyentuh motosikal lama tersebut dengan NOS part yang sukar untuk didapati. sehingga sekarang NSR 150 ini masih dijual sekitar RM3000 – 5000 bagi yang berkondisi cemerlang
ini adalah spesifikasi NSR 150 tersebut
Engine type : single cylinder, two stroke
Engine size : 149cc
Bore x stroke : 59 x 54.5
Power : 31 hp @ 10500 rpm
Torque : 2.75 kg-m at 10,000 rpm
Gearbox : 6 speed return
Ignition : Electronic CDI unit
kuasa yang dikeluarkan dari motosikal ini di Malaysia adalah 28hp namun di blog blog permotoran thailand berkata bahawa NSR150 ini berkuasa 31hp . ini mungkin terjadi apabila diukur dari tayar dan bukannya enjin diatas dyno.
2. NSR 150 RR
Honda telah mengeluarkan model ini pada tahun 1996 hingga 2002. model ini amat dikenali ramai dengan kecantikan reka bentuknya dah kuasa yang dikeluarkan oleh motor ini. Motor ini dikatakan pada waktu itu diimport melalui thailand dan merupakan model terhangat dan termahal pada waktu itu dalam kategori 2 stroke. lampu bulat honda ini seakan akan CBR250RR yang juga dijual pada waktu itu menjadi tarikan kepada peminat motor di Malaysia. Model ini sebenarnya adalah sama dengan model terawal akan tetapi lebih berkuasa dengan memuntahkan 30 hp iaitu 2 hp lebih dari NSR150R dan hanya yang berbeza adalah dari segi bentuk dan sistem pengapian.
specifications:
Engine type: single cylinder, two stroke
Engine size: 149cc
Bore x stroke: 59 x 54.5
Torque: 2.75 kg-m at 10,000 rpm
Gearbox: 6 speed return
Ignition: Electronic CDI unit
3. NSR 150 RRW
NSR150 RRW tidak ramai orang tahu pernah memasuki market Malaysia . NSR RRW adalah sebenarnya NSR 150 SP yang diubahsuai untuk memasuki market Malaysia yang menggunakan swing arm konventional seperti motor lain dan berbeza dengan NSR150SP yang menggunakan lengan ayun tunggal atau Single Arm Suspension. Bahagian bahagian lain adalah sama dengan NSR150SP kecuali direndahkan kuasanya dari NSR150SP kerana kuasanya sudah mencukupi.
Specifications NSR 150 RRW
Engine type: single cylinder, two stroke
Engine size: 149cc
Bore x stroke: 59 x 54.5
Compression: 6.8: 1
Horsepower: 37ps at 10,000 rpm
Torque: 2.74 kg-m at 9,000 rpm
Gearbox: 6 speed return
Ignition: Electronic CDI unit
Length: 1,970 mm
Width: 685 mm
Height: 1,060 mm
Wheelbase: 1.355 mm
Weight: 120.9 kg
Tire size: (F) 90 / 80-17, (R) 110 / 80-17
4. NSR 150 SP
Malang sekali bagi peminat NSR150, Model NSR 150SP tidak pernah masuk ke Malaysia dan hanyalah masuk market negara luar seperti Australia, Thailand dan Taiwan. Pada awalnya model ini hanya dijual di Australia namun ianya tidak mendapat sambutan sehingga Honda memindahkan model ini ke Thailand dan Taiwan. Namun model model ini berbeza spesifikasi berbanding negara. NSR150 SP di Taiwan cuma menghasilkan 28hp, di Australia 37hp dan di Thailand 39.5hp. model NSR150 SP amat popular hingga kini dan Sparepartnya masih dibuat di Thailand dan menjadi Model paling hangat sehingga kini. Single ARM NSR SP sehingga kini digilai oleh peminat motor untuk dimodifikasi
135LC, FZ150i, Dinamik , Kawasaki KRR150,dan lain2 model menggunakan single ARM untuk membuatkan motor pemilik tersebut tampak lebih menarik.
Specifications NSR 150 New RR
Engine type: single cylinder, two stroke
Engine size: 149cc
Bore x stroke: 59 x 54.5
Compression: 6.8: 1
Horsepower: 37ps at 10,000 rpm
Torque: 2.74 kg-m at 9,000 rpm
Gearbox: 6 speed return
Ignition: Electronic CDI unit
Length: 1,970 mm
Width: 685 mm
Height: 1,060 mm
Wheelbase: 1.355 mm
Weight: 120.9 kg
Tire size: (F) 90 / 80-17, (R) 110 / 80-17
NSR 150SP ditingkatkan kuasanya kepada 39.5hp untuk menampung lengan ayun tunggal yang agak berat . Dari segi prestasi NSR150SP sama sahaja dengan RRW . Di Malaysia, Ramai peminat NSR ini telah restore n refurbish NSR150RRW dan memasukkan single ARM NSR yang diimport dari thailand kerana kecantikan motor NSR150SP. NSR SP juga masih lagi memegang land speed record bagi motor berkategori 150cc yang mencatat 104.4 mph. yang sehingga kini tidak dapat ditewaskan oleh motosikal lain 2 stroke mahupun 4 stroke.
Like page kami
https://www.facebook.com/alerttvpermotoran/
Syahdu bunyi dan bentuk NSR
Reply