Sebelum ini Adik beradik melvil viral di laman sosial kerana pelbagai kontroversi yang mendatangkan kecaman netizen di media sosial . Sebelum ini Syifa Melvin dikutuk teruk oleh orang ramai kerana telah mengganggu prestasi sapawi rasyid seperti yang dituduh oleh Tengku Mahkota Johor , namun ianya menjadi kian panas apabila Syifa Melvin membalas kenyataan TMJ dengan sombong.
Setelah itu viral pula Syifa Melvin mempersendakan orang miskin dan penduduk pprt dalam livenya di media sosial mengundang hentaman dari netizen berikutan dengan kenyataan dan gurauannya yang mengguris perasaan penduduk ppprt dan seterusnya digesa untuk membuat permohonan maaf. Meskipun telah membuat permohonan maaf , Syifa Melvin terus dikecam kerana dikatakan permohonan maaf tersebut bukan ikhlas dari hati malah hanya ingin menjaga imej sahaja.
Berhubung dengan kontroversi tersebut , Kakaknya Syatilla melvil kelihatan mengeluarkan kenyataan membela adiknya yang menyebabkan netizen menganggap bahawa Syatilla membela adikknya meskipun adiknya telah melakukan kesalahan yang mengguris hati orang ramai .
Kini adik beradik Melvin kerap bertiktok untuk mempromosikan produk mereka di media sosial namun ianya sekali lagi mendatangkan kecaman oleh netizen yang menganggap mereka mula menjual agama dan maruah di media sosial dan mereka enggan menerima nasihat. Peminat mereka menganggap sebelum ini mereka lebih suka apabila mereka hanya memuatnaik gambar dan video mengenai anak anak mereka sahaja dan bukan menjual iman di media sosial.
Reply