Baru baru ini viral di laman sosial beberapa kali tentang perbahasan didalam parlimen yang mendatangkan pelbagai kontroversi dan tidak beradap oleh beberapa orang menteri sehingga ada diantara mereka dihalau dari dewan kerana menggunakan perkataan yang agak biadap dan melanggar peraturan dewan parlimen. Ianya menyebabkan ramai yang mengecam tindakan sebahagian daripada menteri yang memegang jawatan di Malaysia dan menjadi huru hara.
Berikutan dengan kejadian tersebut , seorang lagi menteri yang telah menjadi viral di laman sosial apabila beliau telah mengeluarkan perkataan perkataan yang tidak sepatutnya di dalam dewan rakyat yang telah menimbulkan huru hara dan pelbagai kontroversi dan dianggap sebagai biadap dan langsung tidak menghormati dewan rakyat yang ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia di media telivisyen mahupun media sosial.
Akibat dari kejadian tersebut Sultan Johor memberi amaran kepada Ahli Dewan Undangan negeri Johor supaya lebih beradap dan tidak menjadikan mesyuarat dewan tersebut seperti sarkas dan sesiapa antara ADUN yang melanggar peraturan tersebut hendaklah dihalau dari dewan dengan serta merta dan tanpa kompromi kerana ianya adalah penting untuk menjaga keharmonian dewan negeri dan bukan memalukan dewan negeri.
Netizen menyokong tindakan dan amaran Sultan Johor berkenaan dengan hal tersebut berikutan dengan ramai yang melihat menteri menteri yang berada didalam dewan rakyat agak memalukan dan bertindak mengikut nafsu sambil memalukan diri sendiri dan memperlihatkan contoh yang buruk kepada orang ramai .
Reply