Sepertimana yang kita tahu , Suzuki telahpun melancarkan model terbaru mereka di Malaysia. Suzuki sebelum ini telah menghilangkan diri dalam jangkamasa yang agak lama kerana mereka mempunyai pelbagai permasalahan dalam menguruskan brand Suzuki itu sendiri di Malaysia.
Jika kita lihat sebelum ini .. Suzuki adalah jenama jentera yang amat popular di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Pada awal 90-an , Suzuki amat popular di Malaysia dan mempunyai kadar jualan yang amat tinggi . Suzuki turut terkenal dengan ketahanan yang luar biasa di jentera jentera mereka ibarat Toyota. Namun menjelang tahun 2000, Suzuki mula hilang dihati rakyat Malaysia kerana kurangnya merketing dan kaedah untuk melariskan jenama tersebut.
Sebelum 2000, Yamaha tidaklah sepopular suzuki dan Honda , namun strategi marketing Yamaha yang agak berjaya menyebabkan jenama Yamaha terkenal hingga kini di Malaysia dan merupakan Jenama yang setanding dengan Honda dari segi jualan meskipun Yamaha jauh lebih kurang jumlah model dilancarkan berbanding Honda. Ini adalah kerana design Jentera yamaha yang agak canik dan futuristik menyebabkan Yamaha digilai oleh pengguna di Malaysia.
Berbalik kepada Suzuki pula, design Suzuki yang agak ketinggalan zaman menyebabkan model dan jenama Suzuki mulai ketinggalan di Malaysia. Suzuki pernah mencuba design seakan Yamaha iaitu RGX120 yang cuba bersaing dengan Yamaha, namun jentera tersebut masih gagal melawan jualan Yamaha 125Z yang dikatakan design terbaik pada waktu itu selain kuasa jentera Yamaha yang agak tinggi dan selesa pada waktu itu.
Suzuki juga mengeluarkan model yang amat futuristik untuk melawan angka jualan jentera 2 lejang Yamaha namun turut gagal . Suzuki melancarkan jentera FXR 150 yang mana dilengkapkan dengan 150cc air – oil cooled 4 stroke yang mempunyai kuasa dan teknologi yang amat tinggi pada zaman tersebut. bayangkan pada awal tahun 2000, Suzuki FXR dilengkapi dengan enjin 150cc yang menghemburkan 21hp iaitu angka yang amat tinggi pada zaman tersebut dan ianya menggunakan teknologi air cooled + oil cooled yang lebih inferior berbanding dengan liquid cooled pada zaman sekarang.
Cuba anda lihat lihat sendiri . jentera 155cc Yamaha R15 v3 19hp yang merupakan jentera yang paling berkuasa dalam kelasnya pada hari ini namun kuasanya masih kalah dengan jentera lama iaitu Suzuki FXR150 21hp yang pada awal tahun 2000. meskipun telah 2 dekad. namun jentera 155cc terbaru masih gagal untuk menewaskan FXR yang telah berusia 2 dekad lebih tua.
Selain itu FXR turut disertakan dengan banana swing arm yang biasanya pada waktu dilancarkan hanya ada pada motosikal yang berkapasiti tinggi sahaja. namun Suzuki mengambil peluang untuk meletakkan pada jentera yang berkapasiti kecil. FXR turut disertakan dengan meter digital. ini adalah amat luar biasa kerana pada tahun 2000, motosikal berkuasa besar sendiri langsung tidak dilengkapi dengan meter digital. Meter digital merupakan teknologi yang amat canggih pada waktu itu. dan Suzuki FXR diperkenalkan dengan meter fully digital.
Suzuki sekali lagi cuba menaikkan jenama mereka di Malaysia pada tahun 2009 dengan memperkenalkan underbone berkuasa tinggi iaitu Belang R150 . Belang R150 disetakan dengan enjin versi yang dihadkan diambil dari FXR150. dengan carburetor lebih kecil dan sedikit pengubahsuaian untuk mengurangkan kuasa , Belang R 150 dilancarkan dengan enjin berkuasa 17hp , iaitu 4hp lebih kurang berbanding FXR pada harga 7700 sahaja..
Namun kerana marketing yang kurang jentera tersebut tidak berapa popular dan ditamatkan pengeluaran beberapa tahun kemudian. Di negara lain jentera tersebut diteruskan sehingga dinaiktaraf kepada Raider FI yang merupakan versi BelangR150 yang menggunakan teknologi liquid cooled yang membolehkan enjin Belang R150 ditingkatkn kuasanya sedikit disamping menambahkan ketahanan pada enjin tersebut.
Kini pada tahun 2022 Belang R 150 fi dilancarkan di Malaysia dan dinamakan semula sebagai Raider FI yang dilengkapi dengan teknologi fuel injection yang jauh lebih canggih.. turut menambahkan istemewa jentera tersebut ialah jentera tersebut adalah yang paling murah berkapasiti 150cc di Malaysia dari jepun. Raider FI ditawarkan dengan harga rm8600 iaitu jauh lebih murah dari Y15zr dan 135LC fi di Malaysia.
Adakah ianya berbaloi? dari segi kuasa? Semestinya. kuasa DOHC , 150cc jauh meninggalkan pencabarnya. Dari segi harga pula, ianya juga amat berbaloi kerana harganya yang jauh lebih murah. Dari segi keselesaan dan praktikaliti mungkin Raider 150 kalah dengan pesaingnya kerana tangki minyak 4 liter adalah amat kecil berbanding Y15zr, Y16ZR ,RSX, RS150 mahupun LC135. Raider turut tidak mempunyai bakul dan hanya mempunyai tempat penyimpanan yang agak kecil.
Namun sekiranya anda sukar untuk membuat keputusan. Kami cadangkan anda test ride setiap motor yang bersaing dan rasa sendiri kelebihan Raider 150 berbanding pencabarnya.
Reply