Suzuki terbukti terbaik namun Malaysia lebih mempercayai Honda dan Yamaha.

Di Malaysia, sememangnya jenama motosikal Honda dan Yamaha amat popular jika nak dibandingkan dengan Brand lain . Brand Honda dan Yamaha dipercayai oleh ramai remaja dan golongan rakyat Malaysia yang menggunakan motosikal . Akan tetapi menjadi kehairanan kenapa Suzuki yang amat popular di negara lain tidak menjadi satu brand yang popular di Malaysia sehingga kilang motosikal berkapasity kecil terpaksa ditutup akibat daripada kekurangan jualan motosikal berkapasiti rendah jenama Suzuki.



Suzuki sememangnya jenama jepun yang bersaing dengan Honda dan Yamaha sejak dari dulu lagi . Masih ingatkah dengan Suzuki RGV120 , RGV250, Suzuki FX125 , FXR 150? Suzuki berusaha keras dalam bidang permotoran dan setiasa mengeluarkan produk luar biasa yang mengalahkan lawannya namun Suzuki masih tidak berjaya melawan jualan Honda dan Yamaha.

Pada tahun 1997 Suzuki telah mengeluarkan model 4 stroke 150cc yang amat berkuasa pada waktu itu iaitu Suzuki FXR 150 yang merupakan antara motosikal yang terawal menggunakan sistem DOHC kepada enjin mereka . DOHC terbukti jauh lebih baik prestasinya berbanding dengan motosikal SOHC. Suzuki FXR juga mempunyai kuasa sehingga 20HP+ yang amat luar biasa kerana pada waktu itu tiada motosikal 4 stroke berkapasity kecil boleh mencapai 20hp dengan teknologi 4 stroke.

FXR150

FX125



Pada tahun 1998 pula Suzuki memperkenalkan satu lagi model mampu milik iaitu FX125 ianya merupakan kapchai yang terawal untuk memiliki sistem DOHC dan terbukti amat berkuasa sehingga sekarang. Sistem DOHC telah diaplikasikan oleh Suzuki setelah sekian lama namun ianya bukan menjadi pilihan rakyat Malaysia . Selain itu pada tahun 2009 Suzuki sekali lagi mencuba untuk melawan Honda dan Yamaha apabila mengeluarkan model underbone 150cc yang popular di negara lain iaitu Suzuki Belang R150. Belang R150 juga mempunyai sistem DOHC dan terbukti dapat menewaskan Yamaha 2 stroke 125z dari segi kelajuan dan kecepatan pecutan dari kilang. Kini, Hanya Belang dan RS150R sahaja yang menggunakan sistem DOHC 150cc, Namun akibat daripada kegagalan dari segi jualan Belang R juga telah ditamatkan pembuatannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu , Suzuki juga pernah mengeluarkan model 250cc 2 stroke yang amat hebat untuk menyaingi 250cc Honda dan Yamaha. Model tersebut adalah RGV250 yang berprestasi tinggi. RGV mempunyai rekabentuk yang lebih moden berbanding TZR250 dan NSR250. Jika dilihat dari prestasi enjin , Suzuki terbukti terbaik kerana syarikat Italy sendiri yang menggunakan enjin Suzuki dalam jentera 250 mereka dan memenangi banyak anugerah melalui Aprilia RS250. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Aprilia RS250 sebenarnya menggunakan enjin Suzuki RGV250 VJ22 yang dikatakan mampu memuntahkan kuasa yang lebih tinggi tanpa mengorbankan ketahanan enjin tersebut.

Aprilia RS250

RGV250 VJ22



Kini di Malaysia tiada lagi pembuatan Suzuki bawah 200cc. Setelah pelbagai usaha yang dibuat namun Suzuki gagal untuk memasuki market Malaysia untuk melawan Yamaha dan Honda . Namun di negara luar seperti Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain, Suzuki merupakan raja dari segi kehebatan jentera bawah 200cc. Suzuki Raider 150 EFI yang mencapai 18hp dari kilang telah mengalahkan jentera jentera Yamaha dan Honda.

SUZUKI RAIDER150R/SATRIA FI 150

Selain itu di negara luar , Suzuki juga telah memperkenalkan Suzuki GSX150R untuk menyaingi Honda CBR150R dan YZFR15. Suzuki telah berjaya menewaskan Honda dan Yamaha dari segi prestasi enjin dan bentuk. GSX150R dianggap yang terbaik berbanding Yamaha dan Honda.

SUZUKI GSX150R

Dari keterangan diatas terbukti bahawa Suzuki sememangnya satu Brand yang hebat dan mampu bersaing malah melintas lawannya namun di Malaysia, walaupun pelbagai usaha yang Suzuki jalankan untuk menghidupkan brand motosikalnya . tetapi masih gagal. hanya yang tinggal adalah motosikal berkapasity tinggi sahaja. Jadi ? apakah pandangan anda mengenai Suzuki ? Mengapakah Suzuki gagal bersaing dalam market Malaysia? – Alert TV

Comments

comments

One Response - Add Comment

Reply

error: Content is protected !!