Makan kedai merupakan amalan kebanyakan rakyat dalam Malaysia kerana ianya mungkin lebih menjimatkan duit selain dari menjimatkan masa kerana pada zaman ini kebanyakan orang ramai lebih terikat dengan kekangan masa dan pekerjaan yang membuatkan mereka lebih suka memakan makanan di kedai makan berbanding dengan makanan yang disediakan sendiri di rumah.
Meskipun begitu tidak semestinya makan diluar adalah selamat kerana faktor kebersihan makanan dan tempat penyediaan makanan menjadi faktor yang perlu diambil kerana semakin banyak kedai makan yang telah mengenepikan faktor kebersihan kedai makan mereka yang disembunyikan di ruangan masakan.
Sebelum ini viral Restoran yang agak terkemuka dan besar RAJ yang telah ditutup kerana viral membasuh makanan dan pinggan mangkuk pelanggan menggunakan air longkang . Resrotan tersebut dikatakan merupakan restoran popular yang dikunjungi oleh ramai orang namun, tidak disangka di bahagian dalam restoran tersebut menyimpan perbuatan buruk yang menjijikkan.
Restoran tersebut kini telahpun muflis berikutan dengan diserang dengan pejabat kesihatan selain terpaksa ditutup kerana ketiadaan pelanggan yang tidak lagi percaya dengan taraf kebersihan restoran tersebut meskipun pelbagai promosi telah dijalankan untuk menghidupkan kembali restoran tersebut.
Beberapa hari lepas viral pula sebuah video dari seorang netizen yang menjelaskan bahawa beliau semakin bimbang untuk makan di kedai makan kerana faktor kebersihan yang tidak dijaga. Boleh di lihat didalam video yang disertakan bahawa beberapa ekor tikus telah mesuk kedalam bekas makanan yang mungkin dianggap agak menjijikkan . video tersebut mendapat ribuan share dan like daripada netizen kerana mereka juga bersetuju dengan pendapat netizen terbabit.
Reply