Pada 3 julai 2018 , gempar di seluruh Malaysia dan media sosial Malaysia berkenaan dengan penangkapan Dato Seri Najib Razak berhubung dengan skandal 1mdb yang telah popular ke seluruh dunia yang menggelapkan sejumlah wang 1mdb kedalam akaun peribadi beliau dan beberapa lagi orang yang terlibat .
Selepas kemenangan Pakatan Harapan , Dato Seri Najib dilucutkan jawantannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan digantikan dengan Tun Mahathir yang menjanjijan bahawa Najib Razak disiasat dan dihukum sekiranya bersalah dalam manifesto Pakatan Harapan . Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan terhadap Najib Razak , Najib akhirnya dikatakan bakal didakwa pada 4 julai iaitu sehari selepas penangkapannya.
Setelah penangkapan Najib Razak berlangsung, penyokong tegar Najib Razak mula mengadakan protes kepada pihak kerajaan dan mengatakan bahawa penangkapan tersebut tidak sah di hadapan sebuah bangunan SPRM . Mereka berkumpul dan melaungkan ketidakpuashatian mereka terhadap penangkapan Najib Razak di hadapan sebuah bangunan SPRM
Video demonstrasi bantahan penangkapan dari penyokong Najib Razak menjadi tular dilaman sosial yang dimuat naik live menunjukkan mereka mengatakan bahawa undang undang Malaysia kini tidak adil dan menjelaskan bahawa penangkapan tersebut adalah tidak sah disisi undang undang.
Akibat dari tularnya video tersebut netizen walaubagaimanapun mengutuk keras tindakan beberapa orang yang cuba melakukan demonstrasi tersebut kerana mereka dikatakan cuma membela Najib Razak yang terang terangan salah dan sekiranya Najib Razak tidak bersalah maka Najib Razak tidak akan ditangkap oleh pihak berkuasa.
Reply