‘Terbakar jugak muka laki aku’ – Rosmah.

Dato seri Najib Razak sememangnya popular di seluruh Malaysia kerana beliau merupakan bekas perdana menteri yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga beliau seringkali viral di media sosial dan dijadikan bahan jenaka oleh netizen di madia sosial . Beliau dan juga isteri kerap kali dihentam oleh netizen berhubung dengan kes 1mdb yang telah mendapat liputan seluruh dunia berkenaan dengan kes tersebut.



Baru baru ini viral Dato seri Najib Razak telahpun ditangkap dan dijamin dengan nilai rm1 juta ringgit kerana pelbagai tuduhan yang melibatkan beliau menyeleweng beberapa jumlah wang kerajaan. Kini walaubagaimanapun beliau telah bebas hasil dari duit jaminan yang dikumpulkan oleh penyokong penyokong beliau yang mempercayai bahawa beliau tidak bersalah dalam apa apa kes penyelewengan.

Beberapa hari lepas viral sekali lagi video Najib Razak yang menjadi viral sewaktu menyambut hari jadinya bersama isteri dan beberapa orang kenalan rapat beliau di media sosial . Majlis harijadi tersebut berlangsung di dewan parlimen dan muka beliau nyaris terkena percikan bunga api ketika kejutan sambutan ulang tahun ke-65. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah berkata “terbakar jugak muka laki aku” menjadi viral di laman sosial.



Peristiwa yang dirakamkan tersebut mencuit hati netizen kerana ianya dianggap sesuatu yang amat melucukan oleh netizen penyokong Najib Razak mahupun bukan penyokong beliau. Video tersebut menjadi viral sehinggakan cerita tersebut telah dipetik oleh akhbar akhbar tempatan sebagai sumber berita mereka.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!