Tersalah pilih pomen pasang coverset Moden indo Kawasaki KRR150. Buruk padahnya.

Kawasaki KRR150 merupakan sebuah jentera yang amat popular di Malaysia . Motosikal ini menjadi semakin popular di kalangan remaja Malaysia setelah penamatan pembuatan Yamaha RX-Z 2 stroke di Malaysia. Jentera ini amat popular kerana ianya adalah salah satu motosikal Sport 2 stroke yang terakhir dikeluarkan di Malaysia . sekarang, tiada lagi pengeluaran motosikal 2 stroke di Malaysia yang menggunakan carburettor .

Coverset Moden Indonesia

Coverset Lama Samurai.

Pada model terankhir ninja KRR di Malaysia . coverset yang terakhir ialah coverset KRR 150 Samurai yang menggunakan teknologi dan bentuk melengkung seperti suzuki Hayabusa, namun sejak pengeluaran model terbaru di Indonesia , ramai yang lebih berminat kepada coverset yang terbaru di Indonesia kerana nampak lebih moden dan sporty .



Lampu depan yang berbetuk petak dan bentuk coverset baru yang lebih kearah tajam dan bergaya menyebabkan ramai anak muda Malaysia sanggup membeli coverset Indonesia yang masih belum dihentikan pengeluaran hingga kini yang bernilai lebih RM2000 begi yang complete set termasuk braket untuk memasang coverset tersebut di Ninja RR model samurai di Malaysia.

Bahagian Hadapan

Namun pada awalnya kebanyakan modifikasi Ninja RR kepada set indo memerlukan modifikasi seperti memotong bahagian body belakang atau rangka belakang kawasaki RR Malaysia. Tidak ramai orang yang tahu bahawa sebenarnya coverset KRR model baru ini sebenarnya boleh dipasang Plug N Play sekiranya dipasang dengan betul . Tiada pemotongan mana mana rangka diperlukan Malah boleh dipasang begitu sahaja jika mempunyai set yang lengkap.

Memotong rangka adalah sesuatu yang rugi sekiranya Pemilik kawasaki KRR melakukan perkara tersebut . sekiranya anda ingin menukarkan kepada coverset Kawasaki KRR150 indo , pastikan anda bertemu dengan orang yang tepat kerana hanya orang tertentu sahaja boleh memasang coverset ini tanpa memotong bahagian motosikal anda.

Cara memasang coverset indo tanpa memotong bahagian belakang.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!