Tertekan lebih 2 jam 30 minit pesan makanan tak sampai, Ustaz dan isteri serang dapur.

Mungkin kes ini kerap kali berlaku di restoran restaran tertentu namun ianya perkara yang berbeza apabila seorang ustaz dan isterinya singgah di sebuah restoran di Manjung Perak sambil merakamkan video kejadian yang berlaku di restoran tersebut. Video tersebut awalnya mungkin boleh menyebabkan salah faham namun ianya menjadi viral kerana ianya merupakan bukan sebuah video yang tipikal tapi penuh pengajaran.



Menurut kenyataan video tersebut yang dimuatnaik oleh Pusat Perubatan Islam Al Mujahiddin, seorang ustaz dan keluarganya telah singgah di sebuah restoran di Manjung Perak untuk makan namun setelah lebih 2 jam berlalu , beluau masih belum memdapat pesanan beliau . Ini menyebabkan ustaz tersebut dan isterinya mula memasuki dapur restoran tersebut untuk bertanya mengenai makanan yang dipesan mereka.

Namun apa yang terjadi ialah restoran tersebut kekurangan kaki tangan dan menyebabkan pesanan menjadi lambat disamping pelanggan yang ramai . difahamkan bahawa hanya seorang tukang masak sahaja yang ada dan ianya membuatkan proses pembuatan makanan terhadap pelanggan menjadi lambat.



Akan tetapi ustaz tersebut dengan isterinya tidak melakukan sesuatu yang tipikal untuk viral namun Isteri ustaz tersebut telah masuk ke dapur menolong dan menjadi tukang masak sementara restoran tersebut . Ustaz tersebut merakamkan video tersebut sambil mengusik isterinya di dapur sewaktu memasak. Video tersebut menjadi viral kerana ianya sememangnya sesuatu yang jarang dilakukan dan netizen memuji sikap mulia ustaz tersebut bersama isterinya membantu restoran tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!