Toyol berjaya diperangkap dan dikurung dalam botol jadi viral. Pemilik dikehendaki.

Makhluk halus sememangnya ramai yang tidak percaya kerana kini telah tiba zaman sains yang akan mencari logic sesuatu perkara dan bukan sekadar kata kata sahaja . Namun beberapa kali telah viral di laman sosial yang mana mahkluk halus ini dijual dan sebagainya . Pelbagai alatan mistis berupa patung dan beberapa lagi barang barang pelik kini boleh dilihat dijual dengan bebas di media sosial .



Beberapa hari yang lepas viral pula seorang lelaki yang memegang sebuah botol yang berisi mahkluk halus. Makhluk halus tersebut adalah seekor toyol yang dikatakan berjaya ditangkap dan diviralkan untuk mengetahui pemilik toyol tersebut yang berlegar legar di rumah lelaki tersebut .

Menurut kepercayaan masyarakat turun temurun , toyol dikatakan digunakan untuk mencuri sesuatu dari rumah tanpa ditangkap oleh pemilik rumah. Namun toyol tersebut dikatakan ‘tersalah’ masuk rumah apabila telah masuk kedalam rumah lelaki yang mempunyai kepakaran untuk menangkap mahkluk halus tersebut yang kemudiannya dikurung didalam botol.



Boleh dilihat dengan jelas rupa bentuk toyol tersebut yang kelihatan berupa manusia namun tidak berbaju dan memakai hanya cawat sahaja . tidak pasti samada toyol tersebut bergerak atau tidak kerana apa yang diviralkan oleh lelaki tersebut adalah gambar sahaja tanpa apa apa video .

Gambar toyol tersebut menjadi viral di laman sosial sehingga ianya mencapai lebih 20000 like dan share di media sosial yang dikategorikan sebagai viral seluruh dunia . Kejadian dikatakan berlaku di Indonesia memandangkan lelaki yang memuatnaik gambar tersebut adalah berasal dari indonesia.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!