Trend bodoh barat kiki challenge yang ditiru rakyat Malaysia, PU Amin satu satunya berani tegur.

Rakyat Malaysia terutama kaum muda mudi sering kali terjebak dalam trend negara barat yang agak tidak berapa baik untuk umat islam . Kebanyakan dari trend yang ditiru oleh rakyat Malaysia ini adalah kebanyakannya adalah trend yang tidak masuk akal dan seolah olah membodohkan diri sendiri didepan tontonan umum dan media sosial .



Trend ini kebanyakannya dilakukan untuk meraih populariti dan perhatian di media sosial. Jika dulu , Panama dance telah menjadi viral di laman sosial dan tiada sesiapa pun yang menegur meskipun trend panama dance tersebut adalah trend yang agak tidak sesuai untuk warga Malaysia yang majoritynya beragama islam yang lebih mementingkan aurat dan menjaga kehormatan seorang wanita.

Kini viral pula trend terbaru yang menjadi viral di laman sosial iaitu kiki challenge. Tidak faham kenapa ia digelar kiki challenge namun ianya trend yang mana gadis atau individu keluar dari kereta dan dirakamkan menari ditepi kereta sambil kereta bergerak . Trend tersebut dipergunakan oleh gadis gadis Melayu untuk meraih popularity . Namun ada juga yang mengubah trend tersebut kearah yang lebih lawak.



Tidak ada seorang pun berani menegur trend tersebut sehinggakan PU Amin keluar di media sosial menegur dengan keras trend bodoh tersebut yang ditiru oleh remaja remaja pada waktu ini yang lebih mementingkan popularity dari agama . Teguran pedas PU Amin ini diterima oleh netizen namun masih ada sebahagian yang tidak menerima teguran tersebut dan menganggap bahawa ianya hanya untuk suka suka sahaja.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!