Tun M dedah perbelanjaan boros Najib mengalahkan pak Arab

Mungkin video ini dirakamkan sebelum pilihanraya 14 namun ianya sehingga kini masih menjadi viral dengan penerangan Tun Mahatahir terhadap bertapa borosnya Najib Razak dalam berbelanja dan kehidupan seharian beliau bersama ahli keluarga beliau. Beberapa pengguna media sosial telah memviralkan video ini untuk mengembalikan kesedaran kepada pengundi UMNO yang kini telah berubah kepada party pembangkang namun masih menyokong party tersebut dan Najib Razak.



Tun Mahathir didalam video memberitahu bahawa perbelanjaan boros yang telah beliau saksikan sendiri adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib . Ya , Majlis pertunangan dan bukan majlis kahwin. Majlis pertunangan tersebut dikatakan memakan belanja yang besar apabila Tun Mahathir melihat 16 tong hadiah dan perbelanjaan lain dilihat di majlis tersebut diusung oleh pengikut pengikut Najib.

Mahathir turut memberitahu bahawa susunan bunga di Majlis pertunangan tersebut telah meliputi kawasan dan dewan tersebut sehinggakan ianya menelan belanja lebih 3 juta ringgit untuk bunga sahaja dan bukan termasuk peralatan peralatan dan kos kos lain . Ianya menimbulkan rasa sangsi Mahathir yang mengingatkan Najib bahawa perkara tersebut adalah bukan sepatutnya apa yang dilakukan oleh sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.



Tidak dapat sebarang gambar di kawasan majlis tersebut menurut Mahathir kerana di majlis tersebut adalah majlis tertutup dan terlarang . Pengunjung yang dijemput di majlis tersebut dikatakan dilarang untuk mengambil gambar di sekitar majlis tersebut kerana ianya mungkin akan disiasat dan menjadi kesalahan menurut Tun Mahathir.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!