TV3 keluarkan kenyataan kasar dan tidak beradab, dikutuk teruk .

Beberapa hari lepas , TV3 telah dihentam teruk oleh orang ramai di media sosial kerana keterlanjuran kenyataannya yang agak kasar dan tidak patut diperkatakan di media utama kaca televisyen yang menjadi tontonan umum rakyat Malaysia. Beberapa netizen yang menyaksikan kenyataan tersebut telah memuatnaik kenyataan tersebut di media sosial mengutuk keras tindakan TV3 yang menggunakan kata kata kasar terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir.


Selain itu TV3 turut dikatakan mengeluarkan kenyataan palsu bahawa Tun Mahathir akan memberikan BR1M kepada rakyat Malaysia sekiranya memenangi PRU 14 yang kian menjelang pada 9hb Mei ini. Beberapa orang netizen yang berada di tempat tersebut menyatakan bahawa Tun Mahathir tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut namun berkata “jika didapati BR1M ini betul2 penting maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan.”

jika dipersetujui oleh rakyat, BR1M akan dijadikan bantuan bantuan statutory yg ditentukan oleh undang2 & budget biasa. Perdana menteri tidak boleh tentukan pemberian ini mahupun jumlahnya dan cara penyampaiannya. Bukanlah seperti yang ditulis dalam kenyataan TV3 yang dikatakan berbaur fitnah yang semakin teruk .



Netizen juga menasihati TV3 agar lebih berhati hati sekiranya mengeluarkan kenyataan dan supaya lebih menghormati bekas pemimpin negara Malaysia seperti Tun Mahathir yang kini telah bertukar posisi sebagai pembangkan dan mengetuai Party Pakatan Harapan yang menjadi pembangkang kepada party kerajaan UMNO.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!