Siapa yang tidak kenal dengan syarikat barangan berprestasi tinggi iaitu TYGA europe yang telah mengeluarkan pelbagai model barangan berprestasi tinggi untuk model 2 lejang terutamanya seperti ekzos dan muffler yang amat popular di seluruh dunia. TYGA europe dikatakan membuat pelbagai aksesori untuk motosikal 2 lejang seperti NSR150SP dan Kawasaki KRR150 di Malaysia dan Thailand.
TYGA performance Malaysia mula membuka cawangan di Malaysia pada tahun 2012 dan menjadi pembekal kepada barangan berprestasi tinggi dari europe di Malaysia. Selain itu di Thailand juga telahpun membuka cawangan kepada syarikat tersebut. Namun masalah timbul apabila harga yang berbeza ditawarkan oleh TYGA Malaysia dan Thailand. TYGA Malaysia dikatakan menjual barangan mereka jauh lebih mahal dari Thailand membuatkan pembeli mula membeli barangan TYGA dari Thailand untuk dijualkan di Malaysia.
Ini menyebabkan TYGA Malaysia mengalami kerugian akibat dari perkara tersebut. Kini TYGA Europe dikatakan enggan untuk membekalkan barangan TYGA kepada penjual penjual dari Thailand kerana bimbang barangan tersebut dijual di Malaysia dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan pengedar TYGA Malaysia.
TYGA europe juga apabila dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak akan membekalkan barangan TYGA melainkan barangan tersebut digunakan untuk perlumbaan sahaja. Walaubagaimanapun barangan barangan TYGA tersebut masih bebas dijual kepada warganegara Thailand.
Barangan TYGA sememangnya digemari oleh pemilik jentera 2 lejang Kawasaki KRR150ZX di Malaysia kerana prestansinya yang dikatakan amat memuaskan . Full system exzos TYGA bagi KRR150ZX dikatakan dijual diantara RM1000-2900 di Malaysia oleh TYGA Performance Malaysia. Namun itu tidak menghalang peminat TYGA untuk membeli barangan tersebut dan unit barangan TYGA tersebut dikatakan terjual lebih 10 ribu unit.
Reply