Sejak kemunculan media sosial semakin ramai yang menggunakan media sosial dalam menyampaikan sesuatu kerana kuasa viral yang amat hebat di masa kini . Kuasa viral yang hebat ini digunakan untuk pelbagai tujuan samada tujuan baik atau tujuan yang buruk. Banyak hadis hadis yang tersebar gara gara media sosial dan ini merupakan impak positif di media sosial . Namun disebalik positif ada juga yang negatif sekiranya hadis tersebut palsu. Banyak hadis palsu tersebar di media sosial juga.
Seorang lelaki di media sosial yang digelar Ustaz Aiman Banna telah memuatnaik pendapat beliau mengenai hantaran 20 ribu yang sentiasa menjadi topik hangat perbualan di media sosial . Kebanyakan netizen tidak menyokong topik ini sejak dari dulu lagi kerana ianya agak membebankan dan jauh bercanggah dari ajaran agama islam. Mungkin 20ribu adalah baik bagi yang berkemampuan namun ianya membebankan bagi yang berpendapatan rendah dan tidak mampu.
Netizen kebanyakan menentang keras tentang isu hantaran 20 ribu namun seorang Ustaz di media sosial yang bergelar Aiman Banna mengeluarkan pendapat dan keterangannya sendiri untuk membela isu hantaran 20 ribu . Walaubagaimanapun netizen mengutuk keras tindakan dan hujah hujah Ustaz media sosial tersebut kerana ianya agak bercanggah dengan Islam dan Ustaz tersebut seolah olah tidak percayakan rezeki.
Pendapat ustaz tersebut diterimapakai oleh segelintir wanita yang menyokong namun ianya menjadi viral kerana kutukan netizen yang tidak bersetuju dengan Aiman Banna dan tindakan Aiman Banna mungkin mempengaruhi orang lain dan ibu bapa yang akan meletakkan hantaran yang tinggi akibat dari kenyataan ustaz tersebut.
Reply