(video) Adik Neelofa hina telefon pintar Samsung dan memilih Iphone.

Sebelum ini pelbagai kontroversi telah melanda seorang instafamous media sosial yang juga merupakan adik kepada pelakon dan pengacara terkenal Neelofa. Instafamous tersebut adalah LittleMissKhan yang mempunyai hampir 1 juta pengikut di laman sosial instagram . Ianya diperkuatkan lagi apabila Ameera Khan merupakan adik kepada selebriti cantik terkenal di Malaysia iaitu Neelofa.



Namun sebelum ini pelbagai kontroversi telah melanda adik Neelofa ini kerana ramai yang tidak suka dengan kebanyakan kenyataannya sebelum ini. Sekiranya sebelum ini Neelofa telah dilanda kontroversi akibat tudung yang dilancarkan di Zouk dan tularnya video Neelofa menyindir Fazura , Namun kali ini adik Neelofa pula yang dikecam teruk oleh netizen kerana tindakannya yang penuh riak didalam video terbarunya yang seolah olah memandang telefon Samsung sebagai telefon yang jijik dan murah.

Melihat dari riak muka serta kenyataannya didalam video tersebut yang dimuat naik di laman sosial youtube , LMK apabila di tanya mengenai telefon pilihannya samada Samsung atau Iphone , LMK telah menjawab “Samsung,ewww” seolah olah beliau menganggap Samsung adalah telefon yang murah dan jijik. Ini membangkitkan kecaman netizen kerana LMK dikatakan riak meskipun mendapat popularity dari kakaknya Neelofa dan beberapa publisiti murahan yang lain .



Video LMK turut mendapat banyak dislike berikutan dengan kenyataannya dan ribuan komen kutukan dari netizen di akaun youtube terbarunya yang diberi nama LITTE MISS KHAN. Apa pandangan anda? Publisity murahan lagi ke ni?






Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!