(Video) “Bas amfibia” bernilai lebih 3 juta di Terengganu terkandas dalam air tak sampai 3 bulan diguna.

Viral di media sosial apabila Bas Amfibia yang dibeli oleh kerajaan Terengganu yang dikatakan bernilai sekitar RM3juta terkandas didalam air . Sebelum ini Bas tersebut viral kerana ianya dianggap satu pembaziran oleh rakyat Terengganu kerana nilai bas tersebut yang mahal dan menerima pelbagai tomahan dari netizen kerana kelewatannya tiba di Terengganu dalam waktu yang sepatutnya.



Pada Hujung bulan Januari , bas tersebut akhirnya tiba di pelabuhan Klang dan akhirnya dihantar di Kuala Terengganu untuk beberapa demonstrasi dan kegunaan bas tersebut. Namun kelmarin , Viral di media sosial pula apabila banyak gambar yang telah keluar di media sosial kerana bas tersebut kelihatan terkandas didalam air di Terengganu meskipun bas tersebut dikatakan mampu untuk bergerak didalam air dan juga di darat.

Mengikut beberapa sumber, Pada awalnya, bas tersebut terkandas didalam air bersama Menteri Besar Terengganu yang turut berada dalam bas tersebut dan bas tersebut ditunda oleh beberapa buah bot. Namun pada waktu malam kelihatan bas tersebut akhirnya ditunda sehingga ke darat oleh beberapa buah kenderaan pacuan 4 roda.


Setelah berada di darat bas tersebut dilihat masih bergerak dengan sediri dan mungkin bas tersebut mengalami sedikit kerosakan di sistem dalam airnya yang mungkin mengalami kerosakan dan tidak dapat untuk bergerak didalam air seperti yang sepatutnya. Tiada apa apa penjelasan daripada pihak yang terlibat dengan bas tersebut didapati.

Keadaan ini telah menambahkan lagi kemarahan netizen di Terengganu yang menganggap bas tersebut sebagai membazir yang sebelum ini mengecam tindakan menteri besar Terengganu kerana membazir wang dengan membeli bas tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!