Pada awal tahun 2017 gempar apabila beberapa orang remaja berbasikal maut dilanggar kereta . Pada awalnya netizen mula menyalahkan pemandu kereta yang dikatakan mabuk yang melanggar remaja berkenaan . Dalam kejadian tersebut 8 orang remaja maut dilanggar dan beberapa lagi cedera ringan.
BASIKAL LAJAK YANG SEBELUM INI DICEKUP DAN DISITA PIHAK BERKUASA
Namun setelah diteliti . Rupa rupanya remaja ini dikatakan mengikuti trend basikal lajak , iaitu basikal yang dimodifikasi untuk melakukan aksi aksi merbahaya . Mereka terpengaruh dengan aksi aksi mat rempit ‘fly’ di media sosial yang bertiarap diatas motosikal mereka untuk mendapatkan kelajuan yang tertinggi .
Remaja remaja ini terturut dengan aksi tersebut dan mereka mula melakukan pelbagai aksi merbahaya dengan basikal mereka di jalanan sehingga membahayakan nyawa . Mereka juga kelihatan melakukan aksi itu secara berkelompok diatas jalanraya tanpa menghiraukan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut. Mereka juga kelihatan menghalang kenderaan dengan menunggang basikal mereka terhuyung hayang .
Walaupun kerap kali dipesan dan ditangkap polis . Trend ini masih berterusan sehinnga netizen mulai muak dengan sikap remaja yang bakal menyalahkan pengguna jalanraya sedangkan mereka sendiri yang membahayakan nyawa mereka. Netizen megutuk keras tindakan remaja yang langsung tidak dikawal oleh ibu bapa mereka dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain .
Beberapa Klip geng basikal lajak yang menempah maut.
Reply