Tular sebuah video pelajar sekolah sedang membuli seorang lagi pelajar lain di media sosial . Pelajar tersebut kelihatan tidak memakai baju namun memakai seluar sekolah berwarna hijau yang melambangkan bahawa mereka adalah pelajar sekolah menegah.
Didalam video, seorang pelajar dikerumuni oleh beberapa orang pelajar sekolah menengah lain ditendang dan dipukul di bahagian kepala beberapa kali sebelum dinasihati oleh seorang yang berada ditempat kejadian yang merakamkan kejadian tersebut.
Pelajar pelajar tersebut telah tidak dikenalpasti sekolahnya, Namun jelas bahawa kes buli tersebut berlaku di sebuah kawasan sekolah. Netizen megutuk tindakan pelajar tersebut yang kelihatan membuli pelajar yang langsung tidak melawan dan bertindak seperti gengster.
Video tersebut telahpun mendapat perhatian pihak polis dan sedang disiasat asal usul video tersebut . Netizen juga berharap pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab dan siasatan terhadap video tersebut kerana kes buli yang semakin menular pada zaman ini agak tidak terbendung.
2 video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat ribuan share dan komen dari netizen yang mengutuk kes buli seorang pelajar tersebut.
Kecik kecik dah nak jadi gengster . Tapi agak agak boleh gengster lagi tak bila kena tangkap polis nanti yer? – ALert TV
Reply