Tular di media sosial apabila seorang pengguna supercub Honda iaitu RS150R telah memuatnaik video RS150R nya yang ditunggang ke tempat kerja. Namun video tersebut bukanlah menjadi viral kerana RS150R ditunggang ketempat kerja tetapi video tersebut menjadi virak kerana bunyi dan prestasi motosikal tersebut adalah amat digemari oleh peminat dunia permotoran di Malaysia.
Jika dilihat dalam video RS150R tersebut dipandu laju dari kedudukan pegun sehingga mencapai kelajuan maksimumnya. Bunyi dilihat dari awal adalah seperti bunyi motosikal berkuasa tinggi dan RS150R tersebut juga dikatakan menggunakan sistem Quickshifter yang membantu penukaran gear dengan lebih lancar beserta dengan percikan api dari ekzos seolah olah seperti jentera moto GP .
Menurut pemilik motosikal tersebut. Dikatakan bahawa RS150R tersebut hanya dimodifikasi biasa biasa sahaja iaitu dengan menggunakan Quickshifter dari ECUshop dan menggunakan OCTANEMAX2 yang juga berjenama ECUSHOP. Ekzos yang digunakan juga adalah ekzos prestasi yang biasa biasa sahaja namun peminat jentera tersebut tidak menyangka prestasi motosikal tersebut boleh sampai ketahap itu hanya dengan modifikasi yang kecil.
Spesifikasi lain RS150R tersebut tidak dikenalpasti akan tetapi anda bolehlah bertanya kepada pemilik RS150R tersebut di akaun facebooknya yang bernama Mnm Shield. Bagaimana ? Nak jentera anda macam tu jugak ke? – Alert TV
Reply