(video) Geng konvoi bermotor dimaki hamun kerana bangang.

Kini arena permotoran semakin merian dengan adanya media sosial . kini lebih ramai pengguna motosikal berkesempatan dan mengambil peluang untuk menyertai kelab kelab atau grup grup motor yang mejalankan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan kelab mereka seperti perjumpaan , berkonvoi dan sebagainya . Namun tidak semua mendatangkan kebaikan apabila sekumpulan geng motor dikecam teruk di media sosial kerana etika mereka di jalanan yang agak teruk.



Viral di laman sosial sebuah video menunjukkan beberapa orang penunggang motosikal yang sedang berkonvoi menghalang lalulintas disamping menunggang dalam keadaan yang membahayakan diri dan orang sekeliling di sebuah highway. Beberapa buah motosikal kelihatan menghalang pengguna jalanraya yang lain yang menyebabkan perbuatan mereka dirakam sebelum dimuatnaik di media sosial yang mendatangkan kecaman daripada netizen.

Geng tersebut kelihatan hampir semua daripada mereka menunggang skuter yang masing masing berlumba untuk menunjukkan kehebatan dan kelajuan skuter masing masing . Namun ianya jelas berada ditempat yang salah apabila mereke telah berlumba beramai ramai dan menghalang lalulintas dan memaksa kenderaan yang lebih laju memperlahankan kenderaan mereka untuk mengelakkan dari melanggar geng motor tersebut.



Netizen mengutuk keras tindakan beberapa orang remaja tersebut yang agak teruk dan mementingkan diri sendiri selain membahayakan nyawa sendiri dan orang lain . Pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap beberapa orang penunggang yang terbabit dengan mengenalpasti nombor pendaftaran didalam video tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!