Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan pergaduhan antara geng jutawan kosmetik terkenal dengan seorang gadis viral di media sosial iaitu Baby Arra. Baby Arra dikenali di media sosial kerana sering berpakaian seksi sambil mengutuk lelaki di media sosial instagram. Selain itu Baby Arra juga popular dengan videonya yang banyak mencetuskan kontroversi seperti mengutuk lelak gemuk dan sebagainya.
BABY ARRA
SAFIEY ILIAS
Berbalik kepada video , kelihatan bahawa Safiey Ilias beramai ramai mengelilingi Baby Arra bertanyakan tentang sesuatu dan menuduh Baby Arra melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahannya . Pada awalnya tidak pasti kenapa pergaduhan itu berlaku, Namun beberapa orang netizen yang berada ditempat kejadian memberitahu bahawa Baby Arra dituduh oleh Safiey Ilias menyebarkan video Safiey sewaktu menari ibarat orang mabuk di chenang, Langkawi pada tahun baru.
Baby Arra didalam video menafikan itu adalah perbuatannya namun Baby Arra diserang oleh beberapa geng Safiey Ilias yang menganggap punca penyebaran video tersebut adalah dari Baby Arra. Tidak pasti mengenai apa yang berlaku , netizen mengutuk dan mula merasa muak dengan 2 orang yang sering menimbulkan kontroversi di media sosial itu .
Didalam video tersebut juga dilihat tiada apa apa kecederaan melainkan Baby Arra beberapa kali ditolak oleh geng Safiey Ilias. Tidak pasti apa yang terjadi seterusnya kerana video tersebut hanya berdurasi 35 saat sahaja. Ianya juga mungkin publisiti murahan dari 2 orang yang penuh kontroversi tersebut.
Reply