Sebelum ini viral di media sosial beberapa buah video tentang beberapa orang pengguna yang mengisi minyak kenderaan dan menyusahkan orang lain dengan menggoncangkan kenderaan mereka untuk memasukkan lebih minyak kedalam tangki kereta mereka . Perbuatan tersebut sememangnya adalah tidak berguna namun ianya tetap dilakukan oleh orang orang tertentu sehingga ianya menjadi viral di laman sosial.
Kejadian ini kerap berlaku kepada kenderaan kenderaan luar negara seperti Singapore dan Thailand yang mengisi minyak dengan lebih murah di Malaysia kerana dua negara tersebut kos bahan api mereka amat tinggi berbanding Malaysia . pelbagai gelagat dan aksi beberapa orang luar negara malaysia yang mengisi minyak dirakamkan oleh netizen yang menjadi bahan gelak tawa netizen.
Turut tidak berpuas hati adalah netizen yang berada ditempat tersebut kerana perkara tersebut sememangnya melambatkan pengguna lain untuk menggunakan pam tersebut . Meskipun ramai yang beratur . namun pengguna luar negara tersebut tidak menghiraukan orang lain dan terus megisi minyak dengan cara yang tidak masuk akal itu meskipun viral berkali kali.
Viral pula dua orang lelaki beserta kawannya yang memijak dan menggongcangkan kenderaan mereka sehingga kenderaan mereka kelihatan seperti rosak . Dengan perbuatan memijak kenderaan seperti itu mungkin akan menyebabkan kenderaan mereka mengalami kerosakan yang lebih mahal dan video tersebut menjadi viral di laman sosial kerana perbuatan yang merugikan tersebut.
Reply