(video) JAKIM sahkan jantina Sajat sebagai lelaki. JAKIM berdiam diri untuk mengelak Sajat dimalukan.

Siapa tidak kenal dengan Nursajat iaitu jutawan produk kecantikan wanita terkenal kerana sering diviralkan di media sosial dengan videonya di laman sosial . Nursajat seringkali dipertikaikan jantinanya kerana Sajat dikatakan seorang pondan kerana suaranya dan tindak tanduknya yang membuatkan netizen tertanya tanya tentang jantina Sajat walaupun dari segi luaran, Sajat adalah kelihatan seperti perempuan.

Nur Sajat Kamarulzaman



Nur Sajat yang sebelum ini telah digandingkan dengan Dato Aliff Syukri dalam singlenya “Abang Nak Tegur” sebelum ini mengeluarkan pelbagai kenyataan dan surat bertulis mengenai jantinanya sebagai seorang perempuan dan khunsa, namun netizen masih tidak mempercayai kenyataan tersebut kerana agak jelas NurSajat adalah seorang lelaki yang boleh di cam melalui suaranya.

Turut menghairankan apabila sebelum ini, mak nyah atau pondan kebiasaannya akan ditangkap oleh jabatan agama oleh kerana perbuatan tersebut adalah haram dan salah di sisi Islam. Jabatan Agama Kelantan juga pernah menangkap beberapa orang artis pondan dari Kelantan dan ianya menyebabkan netizen mempersoal kenapa Sajat begitu bebas sedangkan pondan yang lain ditangkap. Sajat juga dikatakan mahu berkahwin dengan teman lelakinya Coach Yin yang juga dikatakan berasal dari Kelantan.

Sajat dan Teman lelakinya



Seorang lelaki yang viral dengan gelaran Papagomo atau Sir Azry telah memuat naik video perbualan dengan jabatan agama tentang isu Sajat yang dikatakan boleh memberikan pengaruh buruk terhadap masyarakat Malaysia . Netizen menyokong tindakan Sir Azry dalam videonya dan menggesa pihak JAKIM atau pihak yang berwajib menyelesaikan masalah mengenai Sajat yang kelihatan begitu bebas di media sosial.

Pihak Jakim akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Sajat dan dipersetujui oleh jutawan produk tersebut namun tidak didedahkan hasil dari pertemuan tersebut. JAKIM telah menghubungi Sir Azry dan memberitahu bahawa identiti Nur Sajat sudahpun dikenalpasti sebagai seorang lelaki namun JAKIM tidak mengumumkan hal tersebut kerana bimbang Sajat akan dimalukan.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!