Kelmarin tersebarnya video di media sosial tentang pergaduhan di sebuah Paka Terengganu antara penduduk di kawasan tersebut. Mereka yang masing masing adalah jiran, Bergaduh dengan mengeluarkan kata kata kesat dan biadap dan saling menuding jari bertelagah tentang sesuatu . Selain itu ibu bapa juga masuk campur dan boleh dilihat bersenjatakan parang. Cukup hairan apabila ibu bapa langsung tidak melihat kebiadapan anak mereka malah menyokong perbuatan anak mereka.
Namun disamping video tersebut tersebar juga sebuah video lelaki yang bertikam lidah dengan jirannya kerana memasak di halaman rumah sehingga menggangu jirannya. Jirannya yang datang meminta untuk menghentikan perbuatan tersebut kerana tidak tahan dengan bau tersebut yang dihadapnya hari hari, Namun disambut teruk oleh perakam video yang merakamkan tindakakan itu . Namun tiada apa apa pergaduhan cuma mereka hanya bertikam lidah.
Kes kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana jiran merupakan orang yang penting dalam kehidupan seharian . Kita hendaklah bertolak ansur dengan jiran dan jangan besar kepala dan mengganggu jiran . Mungkin zaman sekarang adalah zaman dimana semangat kejiranan tidak lagi dipupuk.
Netizen yang melihat video tersebut amat jijik dengan perbuatan jiran dan perakam video yang masing masing keras kepala dan tidak mahu mengaku kalah walaupun untuk hal yang sebegitu kecil. Nanti kalau ada apa apa yang penting mungkin jiranlah yang akan menolong kita nanti betul tak?
Reply