(video) Kedai tipu untuk dapatkan untung lebih baiki motosikal kantoi.

Sejak dari dulu memang banyak kita dengar bahawa kedai kedai baiki kenderaan sering dikaitkan dengan penipuan dengan mengenakan cas yang tidak masuk akal oleh pengguna pengguna khidmad tersebut . Namun di zaman media sosial pada hari ini banyak dari kes kes penipuan ini semakin terdedah dan bukti ditunjukkan dengan video apabila video penipuan tersebut dimuatnaik live di media sosial.



Viral video menunjukkan seorang lelaki telah memaki maki seorang pemilik kedai motosial yang diterangkan bahawa kedai motosikal tersebut telah cuba menipu lelaki tersebut . Lelaki tersebut menjelaskan bahawa bahagian motosikal yang sepatutnya beliau terima dari syarikat insurans adalah baru namun beliau mendapati bahagian motosial yang ditukar tersebut bukan yang baru akan tetapi di cat seperti baru.

Ianya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki tersebut yang merupakan kenalan kepada mangsa penipuan tersebut . Menurut lelaki tersebut juga ada lagi beberapa bahagian motosikal yang dibaiki di kedai tersebut telah menggunakan alat ganti yang telah digunakan dan bukan yang baru . Pemilik kedai yang berbangsa cina tersebut berkeras mengatakan bahawa alat ganti yang dipasangkan pada motosikal tersebut adalah baru.



Namun boleh dilihat dari bahasa badan lelaki cina tersebut menunjukkan bahawa beliau sememangnya menipu menurut netizen . Kedai tersebut telah viral di media sosial dan ramai pelanggan pelanggan kedai tersebut menjelaskan bahawa mereka juga telah ditipu oleh kedai tersebut . Netizen turut menyokong kes tersebut diviralkan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!