(video) Kelebihan Kawasaki Ninja ZX150RR yang tak ramai orang tahu.

Jika dilihat dari posting permotoran Alert TV sebelum ini mengenai Kawasaki RR , Motosikal ini mempunyai beberapa kelemahan kecil yang diceritakan oleh owner Kawasaki RR itu sendiri . Sememangnya Kawasaki RR juga mempunyai sedikit kelemahan namun kelemahan tersebut tidaklah besar dan masih boleh diperbaiki dengan senang.



Tiada motosikal yang sempurna dari setiap segi malah motosikal yang termahal didunia juga mempunyai beberapa kelemahan. Namun kelemahan tersebut biasanya juga disertai dengan kelebihan . Kali ini owner Kawasaki RR tersebut telah membuat video yang menerangkan tentang kelebihan Kawasaki RR yang tak ramai orang tahu .

Banyak kita dengar tentang kawasaki RR yang maintenance penjagaannya yang agak teruk namun ianya disangkal oleh pengguna kawasaki RR dalam video. Ianya hanya mungkin sekadar “khabar angin” jika individu itu sendiri tidak mencuba motosikal kawasaki RR ini.

Diterangkan juga kawasaki RR boleh mencapai top speed tanpa apa apa modifikasi pada enjin . Kawasaki RR boleh mencapai 200kmj dengan spec kilang dengan mudah berbanding motosikal lain yang jarang boleh mencapai kelajuan maximum meter tanpa modifikasi pada enjin.



Kawasaki RR menjadi semakin popular apabila motosikal ini telah menjadi viral di media sosial seperti instagram , facebook , twitter dan sebagainya. Pada waktu dahulu kawasaki RR jarang sekali boleh dilihat namun pada waktu sekarang part2 kawasaki RR banyak terdapat merata rata di susuk jalan di Malaysia disebabkan popularity Kawasaki Ninja RR yang semakin meningkat.

Thumbnail dari otai kawasaki RR
https://www.facebook.com/izzat.hadi.37?fref=gc&dti=465711856841889



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!