Kini semakin ramai yang mula tertarik dengan Y15zr kerana pelbagai ‘racun’ dicipta untuk jentera tersebut , Ianya menyebabkan Y15ZR adalah antara jentera terlaris di pasaran sehinggakan pembeli harus menunggu berbulan bulan untuk mendapatkan Y15ZR kerana ianya lebih laris dari jumlah yang dapat dibekalkan kepada kedai kedai yang menjual jentera tersebut
Walaupun pelbagai masalah kualiti yang dikatakan agak kurang memuaskan , namun ianya tetap tidak menjadi halangan kepada peminat jentera tersebut untuk terus membeli jentera tersebut akibat dari kuasa viral di media sosial yang membuatkan jentera tersebut diminati ramai. Jika sebelum ini, Dry clutch COMSTAR MALAYSIA Y15ZR telah menjadi viral berikutan dari ramai artis yang turut menggunakan sistem tersebut di jentera motosikal mereka, Kini timbul satu lagi satu jenama Dry Clutch yang bakal dipasarkan.
Setelah beberapa ketika comstar menjadi satu satunya penjual dry clutch bagi Y15ZR , kini sebuah lagi brand bakal mengeluarkan dry clutch iaitu Tonnka. Prototype dry clutch dari syarikat tersebut telahpun ditunjukkan dalam beberapa buah video yang menunjukkan sistem dry clutch tersebut dan beberapa ujian telah dijalankan terhadap produk tersebut untuk memastikan ketahanannya sebelum dijual.
Menurut beberapa keping gambar yang tersebar , beberapa warna telah disediakan untuk dry clutch tersebut , ianya juga kelihatan lebih menarik berbanding comstar dan seakan akan mirip dengan Dry clutch jentera Ducati yang menjadi impian setiap peminat motosikal. Setakat ini masih tidak ada tarikh dan harga Dry Clutch tersebut akan dipasarkan, namun ianya kelihatan sudah tersedia dan bakal dipasarkan dalam waktu yang terdekat.
Reply